Assalamualaikum wbt,

Nak kaya tak? Nakkkk..

Niatkan dengan betul, kita nak kaya untuk apa? Salah satunya nak bantu suami, nak ringankan hidup suami, ibu ayah, dan nak sedekah banyak-banyak.

Bila niat kita betul, insyaAllah Allah permudahkan. Jom buat 6 steps dibawah ni. Pesan Doktor Azizan, nak BERJAYA kena Follow orang BERJAYA.


MACAM MANA NAK DAPAT DUIT? 
~ GET RICH

#G: Get Up Early

Bangun awal sebelum matahari terbit. Macam mana nak berduit kalau asik bangun tengahari?

#E: Earn More Than You Spend

Buat duit lebih banyak daripada perbelanjaan. Nak belanja berpuluh ribu sebulan pun boleh, asalkan income setiap bulan lebih banyak daripada itu.

#T: Train Yourself 1 Financial Valuable Skill

Belajar 1 skil yang betul-betul boleh buat duit. Tambahkan ilmu dalam media sosial atau saham atau property atau bercakap atau mengajar orang, sampai betul-betul boleh tambah duit. 

#R: Resource network

Kenal orang, siapa kawan-kawan sekeliling kita. Bisnes perlukan networking. Tetapi kalau berkawan dengan mangkuk, jadi mangkuk ayun la jadinya. 

#I: Invest

Mula belajar untuk melabur. Duit kalau hanya simpan di bawah bantal, tidak akan bertambah. Duit perlu mengalir supaya sampai ke lautan duit

#C: Charity

Jangan lupa untuk bersedekah. Tanyalah rahsia siapa pun yang sudah kaya raya, pasti antara jawapan mereka ialah bersedekah. 

#H: Habit

Jadikan 6 perkara di atas sebagai rutin harian. Jangan setakat buat 1 hari je lepas tu bising-bising kata ini mengarut. Hari ni start bisnes, esok pagi terus jadi jutawan ke?

Pesanan dari sifu Mekanik Wang.

#SentapanNewYear
Shahfudin Sudin

2 Comments

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊