Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat wawa dunia akhirat? Alhamdulillah, wawa doakan sentiasa dikurniakan kesihatan yang optimum sepanjang masa. Amin

Alhamdulillah, syukur ramai sahabat wawa yang sedang menimang cahaya mata dan ada juga yang sedang menanti waktu. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.



Pengorbanan seorang ibu sangat besar! Untuk melahirkan seorang khalifah, mereka bertarung nyawa menahan sakit beberapa jam ada juga berhari-hari. Perumpamaan seperti nyawa dihujung tanduk, berserah diri pada Allah adakah berlaku sebuah pengakhiran ataupun masih berpeluang membesarkan bayi yang dilahirkan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Dalam kita bergembira menyambut kelahiran, ada juga yang terpaksa melahirkan melalui tingkap ataupun secara pembedahan disebabkan beberapa komplikasi ketika melahirkan. Selepas dibenarkan pulang, ia perlu dijaga rapi bagi mempercepatkan baik luka mahupun kesan sakit selepas habis pembedahan.

Pagi ni wawa jumpa tips ataupun petua yang berguna untuk kalian cuba. Semoga bermanfaat.

6 PETUA JAGA LUKA SELEPAS BERSALIN CAESAREAN

Orang kata ibu yang bersalin secara pembedahan susah hendak jaga kesan lukanya. Apa kata cuba petua ini

1. Jaga kebersihan badan.

2. Elakkan luka daripada terkena air.

3. Pastikan luka pembedahan sentiasa kering.

4. Makan nasi lembik dan banyakkan makan sayur sawi.

5. Hanya minum air suam

6. Sapu sebarang krim mempercepatkan luka pembedahan cepat sembuh selepas tempoh seminggu melahirkan bayi.

#majalahpama #fashionmeetscharity


Selain itu, bagi proses mempercepatkan baik luka ibu-ibu cezer ini boleh mengamalkan pengambilan Zinc Complex. 

Zinc Complex sangat membantu dalam Mempercepatkan Pemulihan Luka dalaman mahupun luaran, pemulihan selepas pembedahan. Hancurkan zinc dan taburkan keatas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.