Tuesday, 4 August 2015

Resepi Tomyam Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Hai korang, apa khabar? Wawa doakan kalian dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah. Diperluaskan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian.

Hari ni mood memasak datang dan makanan favorite wawa semestinya TOM YAM ALA THAI.hihi

Sudah dua hari wawa masak tom yam,  bila sekali makan tu macam tak dapat nak stop. Sudahnya, esok pun masak tom yam lagi. Jom cuba resepi  Tom Yam dari dapur wawa.

Tom Yam Ayam untuk dua orang makan.



Resepi Tomyam Ayam Pekat Sedap dan Mudah | My Resepi Resepi Tomyam Mudah & Simple Tapi Sedap Resepi Tomyam Pekat Ala Thai, Senang, Mudah Dan Sedap resepi tomyam guna pes resepi tomyam campur mudah dan sedap cara buat tomyam simple cara membuat tomyam resepi tomyam ayam azie kitchen resepi tomyam tanpa perencah tomyam sayur campur pes tomyam buatan sendiri
Kita pinjam gambar en google, tak sempat nak snap gambar dah habis..")


Bahan-Bahan:
  1. Ayam di potong kecil (wawa suka bahagian isi dipotong kecil )
  2. 1 Tom yam paste
  3. 1 bawang besar (dipotong 4)
  4. Sayur-sayuran (lobak, baby corn, bunga kubis, tomato)
  5. 1 batang serai
  6. 1-2 helai daun limau purut
  7. 1 sudu kecil susu pekat manis
  8. 1200ml air
  9. Garam secukup rasa (1/2 sudu garam kasar)
  10. Cili Padi 3 biji

Cara-Cara Memasak:

Panaskan air ke dalam periuk bersaiz sederhana, masukkan ayam yang telah dipotong kecil, masukkan paste tomyam dan susu pekat manis. Biarkan ia menggelegak sehingga ayam jadi empuk. Masukkan bawang, serai dan daun limau purut. Masukkan sayur-sayuran lobak,  baby corn dan bunga kubis dan cili padi. Akhir sekali masukkan garam (ikut citarasa masing2). Wawa suka masin sikit.
Kalau garam biasa, boleh letak garam 1-2 sudu kecil. Biarkan sayuran masak sedikit dan boleh tutp api. Ok, taraaa dah siap..”)

Selamat mencuba.”)

Jangan lupa makan Omega selepas itu, sebab confirm makan banyak kali.hihi



3 comments:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊