Collagen Powder Shaklee Melembutkan Dan Menghaluskan Rambut

Assalamualaikum wbt, 


Bismillahirrahmanirrahim. 

Selamat pagi sahabat wawa yang baik.. Apa khabar semua? Wawa doakan kalian sentiass dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. 


Rambut wawa memang dari dulu sangat kasar, akibatnya jadi habit bila wawa suka cabut rambut kasar bila waktu free. Bila duk bersantai kat rumah, tangan tu pasti duk kat kepala sampai suami pun marah. Katanya dah nak botak kepala duk cabut rambut.. hehe


Itulah, dulu rambut wawa kasar selalu je mintak hubby potong. Syampu tu tak yah cakaplah, macam-macam jenama dah tukar. Hasilnya tetap sama, kejap je lembut pastu kasar balik. 


Selain kasar, rambut wawa yang lebat sering dihantui dengan keguguran. Setiap kali sikat, melambak rambut lekat kat sikat. Bila pakai syampu, rasanya berpuluh helai yang luruh. Bila kita lurut rambut tu, pasti ada yang lekat ditangan. Bukan sehelai dua tapi berpuluh. Bayangkanlah setiap hari rambut wawa gugur berapa banyak.


Satu hari, wawa try collagen powder. Asalnya makan untuk kulit dan masalah pori besar. Alhamdulillah,  pori wawa semakin mengecil dan paling BEST rambut wawa semakin HALUS  dan LEMBUT.

Rupanya rambut wawa yang kasar tu adalah disebabkan oleh kekurangan kolagen dari folikel rambut lagi. Bila kita kasi cukup kolagen pada badan, automatik ia membantu pertumbuhan rambut yang sihat.


Alhamdulillah,  rasa syukur sangat. Syampu pun dah jarang pakai. Suami pun tegur rambut wawa makin halus dan lembut.")


SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

4 comments:

Jari Manis said...

usia semakin meningkat collagen di dalam badan akn semakin berkurang then eolk lah ambil supplement yg mempunyai callagen ni kan Wawa

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Rambut gugur lagi x, PW.
Saya alami masalah rambut gugur jugak. Huhu..

Puan Wawa said...

Betul tu, meningkat usia lg byk collagen hilang..")

Puan Wawa said...

Alhamdulillah, rambut dah makin kurang gugur..bgussgt collagen ni..")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...