Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur Ya Allah masih bernafas hari ini sertabertemu lagi jumaat yang berkat. Apa khabar sahabat wawa? Alhamdulillah, wawa doakan kalian sentiasa diberi kesihatan yang baik serta di deraskan rezeki sederas-derasnya.Ameen.,

Jumaat merupakan penghulu segala hari. Hari Jumaat adalah banyak sangat perkara sunat Rasulullah yang kita perlu ikut. Hari lain pun perlu ikut juga tau, tapi hari jumaat kita pasti mendapat lebih pahalanya jika melaksanakan. Antara amalan sunat yang boleh kita amalkan di hari jumaat adalah :



  1. Ghusi (Mandi) - kita disunatkan untuk mandi di awal pagi dan bersama niat. Macam niat mandi hari raya tu..
  2. Potong Kuku - Jika kita buat, kita dapat pahala. Tak buat tak dosa pun. Cuma, takkan tak nak pahala kan. 
  3. Miswak - miswak adalah bersugi. Cara Rasulullah gosok gigi adalah dengan bersugi. Kita sekarang ni dengan berus aja kan..
  4. Banyakkan berselawat - jika hari biasa kita selalu selawat 10kali, hari jumaat kita gandakan lagi.
  5. Berwangian - Yang ni orang lelaki patut pakai time nak gi solat jumaat nanti.
  6. Baca Alkahfi - Surah Alkahfi boleh menerangkan kubur kita nanti.
  7. Pakai Cantik-cantik - Rasulullah suka kita bercantik-cantik di hari jumaat.
  8. Doa Banyak-banyak - Hari jumaat kita disunatkan doa banyak-banyak. Nak berjaya kita doa, nak kaya kita doa, nak rezeki kita doa, nak anak pandai kita doa. Mintalah apa saja dengan Allah, InsyaAllah Allah makbulkan.
Cara-cara potong kuku

Kayu sugi

Cara-cara bersugi

Selamat beramal sahabat..")

Thanks for reading..")