Tips Menjemput Jodoh

Assalamualaikum wbt,


Selamat petang sahabat wawa yang ohsem!")


Petang ni wawa nak share petua untuk menjemput jodoh. Biasa kita dengar orang cakap mencari jodoh. CARI JODOH, kita tahu ke nak cari kat mana? Siapa jodoh kita? Macam mana rupa jodoh kita? Kita tahu tak? 

Ya, betul. Kita langsung tak tahu siapa jodoh kita, dimana dia berada, bagaimana rupa dia dan bila jodoh kita akan sampai. Sebab JODOH itu rahsia ALLAH. Allah dah tentukan dengan siapa kita berkahwin, bertemu dan berkawan. 

Peliknya orang kita, yang di tanya tak ada perkara lain. Bila nak kahwin? Bila nak dapat Kekasih? Dan macam-macam lagi soalan. Betul ke betul?

Dua hari lepas, wawa ada jumpa dengan kawan baik dari kecil dengan dia. Rumah dekat aje, tapi sejak wawa kahwin ni lama dah tak jumpa. Kami bersembang-sembang, tetiba masuk topik jodoh. Katanya baru lepas putus, takpe laa dah tak ada jodoh kan? Wawa share dengan dia, tips untuk jemput jodoh. Almaklum, wawa dulu kahwin tak bercinta pun. BERCINTA lepas kahwin, lagi seronok..hihi

Apa yang wawa share dengan dia? Ini yang wawa lakukan selepas putus cinta dan agak kecewa. Alhamdulillah, hikmahnya ALLAH nak wawa dekat dengan DIA.

Setiap hari, wawa buat TAHAJJUD (selama seminggu)
Setiap hari, wawa buat solat hajat (sampai sekarang masih amal)
Setiap hari, wawa buat solat taubat (alhamdulillah, sampai sekarang masih amal)
Setiap hari, wawa mengaji Alquran (seingat wawa surah Yasin)

Selamat beramal..:)


Pesanan untuk adik-adik yang belum bertemu dan sudah bertemu, tak tahu nak memilih sebab ramai kan. hihi

Pilihlah yang nak dekat kita, lebih dari kita nak dekat dia.. Faham ke faham?")

SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

5 comments:

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Ada juga pernah dengar ayat last tu..

Etuza Etuza said...

http://madey09.blogspot.com/2015/01/pokok-tanaman-1-jan-2015.html Etuza follow ya blog anda..tertarik pula membaca mencari jodoh tu. Pertama kali dengar dan baca tips paling berhikmah. But ..etuza dah kahwin ya..nak adapasi amalan ini terbaik..follow blog etuza ya

Etuza Etuza said...

follow yg ke 24

Etuza Etuza said...

minta izin save doa untuk wanita tu ya..terima kasih..ianya bagaikan ilmu..terbaik

Puan Wawa said...

Silakan etuza..")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...