Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat? Wawa doakan kalian yang singgah baca di blog wawa dikurniakan rezeki yang banyak, melimpah ruah..

Wawa nak berkongsi dengan korang. Kisah wawa melakukan tahajjud. Apa yang wawa rasa masa berjalan teramat perlahan. Alhamdulillah,  wawa cuba bertahajjud 4 rakaat. Sebelum ni wawa biasa buat 2 rakaat je.

Sungguh wawa tak sangka, pagi tu seolah-olah pagi yang sangat panjang. Wawa sempat masak, iron tudung / baju dan update entry kat blog.. Sebelum pergi kerja, sempat lagi wawa duk main-main, cari hand sort, stokin dan macam-macam lagi. Allah kurniakan masa yang panjang pada sesiapa yang meminta padanya.

Jika sebelum ini, wawa selalu rasa tak cukup masa. Buat itu, buat ini tengok jam "ehh, dah masuk jam 7. 30 pagi" mula laa kelam kabut bersiap. Padahal sama je waktu kita bangun pagi.

Selain dari itu, Allah permudahkan urusan kita. Sepanjang hari, wawa rasa smooth sangat perjalanan hidup. Tak de rasa nak marah, stress atau apa sahaja yang mengganggu emosi kita.

Allah kata, di sepertiga malam yang akhir, mintalah apa sahaja Allah akan kabulkan tanpa hijab. Allah dengar permintaan kita. Allah dekat dengan kita waktu ni.

Jadi, marilah kita sama-sama untuk mengimarahkan tahajjud setiap hari. Wawa sedang berusaha untuk bertahajjud setiap hari. Jom sama-sama kita bertahajjud.