Kisah Nabi Musa Dan Lelaki Maksiat

KISAH Nabi Musa dan Lelaki yang maksiat.

MUHASABAH DIRI DAN TAUBAT.


Andainya ada dosa terselindung yang pernah kita buat..Allah itu Maha Pengampun. Peringatan ini buat diriku jua.


Perkongsian satu kisah mengenai doa. Kadang-kadang kita berdoa tetapi doa b kita tak dimakbulkan atau terhijab. Semoga kisah ini menjadi panduan dalam hidup kita.

Kisah Nabi Musa a.s:
Ada satu zaman terjadinya kemarau yang sangat panjang. Tiada hujan, tumbuhan semua mati dan nak makan pun susah. Jadi Nabi Musa a.s. mengumpulkan umat ketika itu seramai 70 ribu umat untuk buat solat hajat dan berdoa kepada Allah. Tapi Allah tak nak dengar doa tersebut. Allah berkata: “Sebelum kamu berdoa , ada seorang dari kamu yang telah berbuat dosa dan maksiat selama 40 tahun, sebab dia seorang Aku tak turunkan hujan, sebab dia seorang ini Aku tak makbulkan doa”. Mendengarnya Nabi Musa a.s. berkata: “Wahai orang yang telah berbuat maksiat 40 tahun kepada Allah s.w.t. sebab kamulah hujan tak turun, maka keluarlah kamu dari kumpulan kami”.

Orang ini mendengar, dia rasa malu sangat-sangat. Ya Allah selama 40 tahun aku berbuat dosa, Kau sembunyikan siapa aku, Kau tak tunjuk pada orang, janganlah hari ini Kau tunjukkan muka aku. Aku malu sangat-sangat dengan dosa-dosaku. Orang ini menutup mukanya dengan kain kelubungnya, Ya Allah hari ini aku taubat sungguh-sungguh pada Engakau Ya Allah. Belum sempat habis ayat dia bertaubat kepada Allah, Allah tahu niat dia, hujan telah pun turun.

Jadi pada ketika itu Nabi Musa a.s. berkata “Ya Allah, Kau kata di kalangan kami ini ada orang yang berbuat maksiat dan dosa 40 tahun menyebabkan hujan tidak turun. Tetapi  kenapa tiba-tiba dia tak keluar pun, Engkau dah turunkan hujan?” Allah menjawab “Sebab dialah orang yang tak taubat tadi Aku tak turunkan hujan dan sebab dia jugalah, kerana dia dah bertaubat, Aku turunkan hujan”

Jadi selalulah buat solat taubat, istighfar banyak-banyak supaya doa kita dimakbulkan. Berdoa juga di waktu-waktu yang mustajab seperti pada waktu hujan dan bermusafir. Orang yang banyak berbuat dosa, Allah susah nak makbulkan doa. Orang yang paling baik adalah orang yang setiap kali buat silap, terus bertaubat kepada Allah s.w.t. Mohonlah doa pada Allah, mohon sungguh-sungguh. Terus baiki diri. Jangan berbuat maksiat kepada Allah s.w.t. agar doa kita tidak terhijab.

- Tanyalah Ustazah -
SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

1 comments:

Aisya A. said...

nice sharing.. terima kasih juga kerana mengingatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...