Dhuha Dan Rezeki

Assalamualaikum, 

Bismillahirrahmanirrahim. 


Wawa nak share rahsia solat dhuha. Siapa yang pernah buat? Alhamdulillah,  ramai yang dah tahu rasanya fadhilat solat sunat dhuha.

Allah janjikan sesiapa yang melaksanakan dhuha, akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dilapangkan waktu serta dimudahkan urusan. Banyak lagi fadhilat lain dengan mengamalkan solat sunat dhuha ni. Next entry wawa akan share cara-cara nak solat dhuha ye.

Wawa dah lama amalkan solat dhuha ni, tak pernah miss melainkan tengah abc @ travel yang buat wawa tak sempat..

Ehh, sebenarnya wawa nak story kisah semalam..hihi.. Ada yang nak dengar tak? Hehe.

Semalam wawa datang ofis tanpa bawak duit langsung. Sampai ofis, tengok dalam purse zero. Wawa lupa nak mintak duit ngan husband, biasa dia akan hulur sebelum gi kerja. Yang jadi kosongnya sebab malam tu, wawa asingkan duit orang beli vitamin dalam satu tabung. Duit modal & untung wawa letak satu tabung.. kiranya yang tu wawa tak usik sehingga nak restock vitamin yang takde.. hihi

Jam 9.45 pagi, wawa gi solat dhuha. Macam biasa, rutin biasa kalau tak buat rasa something kurang je. Selesai solat & dhuha macam biasa. 

Perut tak rasa lapar pun, biasa ada laa rasa sikit2. Mungkin juga sebab awal lagi kan. Masuk ofis balik, masih berfikir mana nak cari duit nak makan nanti. Wawa makan tak banyak pun, sekadar rm5 je satu hari. Dalam duk fikir tu, hati wawa tetap yakin InsyaAllah,  akan ada nanti yang nak bayar duit vitamin yang dieorang beli ngan wawa. Nak mintak segan laa plak kan, wawa tawakkal dan yakin sangat time nak makan nanti jam 12.30 pasti ada. Jam 12.30 member datang dan bayar duit vitamin RM90. 

.

Subhanallah,  Allahuakbar,  Lailahaillallah. Sungguh wawa tak sangka, Allah datangkan tepat pada masanya. Hati wawa yakin sangat akan ada yang datang untuk bayar vitamin.. tup tup Allah datangkan si dia datang bayar pada wawa.

.

Subhanallah,  sampai cafe depan ofis. Membe ofis plak yang tolong bayar makanan wawa. Terharu sangat, bukan sebab tak de duit tapi Allah Maha  Pemberi, Maha Mengetahu, Maha Pengatur segalanya.

.

Sungguh magikkan Allah.. Apa yang perlu, letakkan keyakinan tanpa ragu-ragu. 


Semoga kalian jadikan dhuha sebagai amalan harian.


SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...