Saturday, 22 November 2014

Astaghfirullahala'azim, Ya Allah Ampuni Aku!

Assalamualaikum,


Apa khabar sahabat wawa yang cantik lagi hensem..? Alhamdulillah,  semoga sihat dalam barokah Allah semua. Wawa doakan buat kalian yang singgah di teratak wawa ni, dikurniakan rezeki yang berkat dan diderakan rezeki sederas deras derasnya.

wawa doakan kalian mendapat 'Buah-buahan' kebaikan dari blog ini, wawa ucapkan selamat membaca dan selamat memetik 'buah-buahan' kebaikan di dalamnya.

.

Kisah petang tadi di tempat kerja wawa. Petang tadi, wawa nak scan document kat mesin photocopy dan buat kerja macam biasa. Datang sorang mamat cina namanya Cheen, katanya nak copy drawing dari A4 ke A3. Wawa bagi laluan kat dia, bila copy yang keluar tak jadi. Tetiba wawa dengar, "Astaghfirullahala'azim".. 


Wawa pusing kat dia, u cakap apa tadi Cheen? I macam dengar sesuatu. Then, dia ulang lagi 'Astaghfirullahala'azim".. haha.. Cheen buat I nak tergelak, mana u belajar Cheen? Siapa yang ajar u sebut? I tanya dia. Dia bagitau, dulu I kawan dengan budak-budak melayu ramai. I selalu dengar dieorang cakap macam tu. I suka dengar bahasa Arab, U ajar I boleh? Katanya.. I cakap boleh aja..")

Cheen tanya wawa, boleh ke I sebut macam tu?? I kata, why not? Tak salah pun sebut, mana tahu silap-silap u lebih tertarik macam Felixia kan.. Wawa tak cakap laa macam tu, just cakap boleh je. 

.

Sebenarnya, wawa terkejut sebab non muslim lebih berminat untuk menggunakan kalimah yang baik-baik. Perasan tak, bila korang pegang sesuatu then benda tu jatuh. Apa yang korang sebut? Allahuakbar? Subhanallah? Allahurabbi? Astaghfirullahala'azim? atau apa?

Yang banyak wawa dengar, perkataan yang tak sepatutnya. Jarang wawa dengar yang sebut, Allah, Subhanalah.. Yang selalu dengar tuttt, tuttt.. Wawa dengar pun segan.. Ya Allah.Ampunilah hamba Mu ini, rahmatilah kami, lindungilah kami dalam maghfirahMu..

Apa komen saudara, bila berada dikalangan non muslim? Bagaimana kalian bergaul/bersahabat?


2 comments:

QasehnyaRania said...

jarang dengar.pernah bergaul dgn mmber cina, india, siam juga.
ada juga sesetengah yg suka bagi salam..

Puan Wawa said...

Haa, yg salam tu memg biasa dengar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...