RESEPI KEK BATIK

Bahan-bahan (6 orang)

1 buku butter @ 1 cawan marjerin
1 bungkus biskut marie – dipecahkan (pilih yang cerah)
½ tin susu pekat
¾ milo peket kecil
¼ cawan air

Cara-cara

1.       Cairkan butter @ marjerin
2.       Masukkan susu pekat, air dan milo. Kacau hingga rata, tidak berketul dan berkilat.
3.       Masukkan biskut dan gaul hingga rata, kalau kering tambah air sedikit. (jangan banyak sangat nanti lembik)
4.       Dah siap, masukkan dalam bekas dan sejukkan  dan boleh potong kecil-kecil untuk dapat tekstur kek batik yang cantik..”)

Selamat Mencuba!

Resepi diatas wawa ambil dari share myresepi. Wawa follow je bahan-bahan diatas Cuma wawa kurangkan lagi kuantitinya sebab wawa tak suka manis. Wawa belanja gambar kek batik yang dah siap dipotong.

Wawa bawak gi ofis, ofismate cakap sedap!! Tekstur dia Nampak cantik kan?hehe..


6 Comments

  1. waaah..tampak sedap!..ena x reti buat ni..mudah je kan sebenarnya,

    ReplyDelete
  2. Dah lama husna tak buat kek batik ni..terliur la tgk..kena buat jugak nnt nie..heheee

    ReplyDelete
  3. Husna & kak afzan, buat laa.. senang je..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊