Assalamualaikum wbt,
17 Persediaan Sebelum Bersalin
1. Letak Dalam But Kereta
Pastikan persiapan hospital dan segalanya kelengkapan penting sudah disediakan dari awal. Tempatkan beg kelengkapan anda, bayi dan si ayah di dalam but kereta sebaik sahaja kandungan melepasi trimester kedua.
2. Makanan Seimbang
Adalah penting untuk anda memastikan berat badan tidak naik berlebihan di trimester akhir. Pemakanan seimbang perlu diambil secara berterusan bagi membolehkan anda memberi zat terbaik kepada bayi anda dalam kandungan. Malah, anda juga dapat mengekalkan tenaga sewaktu di bilik bersalin kelak.
3. Banyak Berjalan
Pastikan tubuh kekal aktif bertenaga. Untuk memudahkan proses bersalin, Anda harus banyak bergerak, berjalan, turun dan naik tangga bermula daripada awal trimester ketiga kehamilan.
4. Minyak Kelapa Dara
Mula mengambil satu sudu minyak kelapa dara dua kali sehari sebaik sahaja kandungan mencecah usia lapan bulan. Ia dipercayai dapat memudahkan anda ketika bersalin. selain diminum begitu sahaja, anda boleh menggunakan minyak yang sama untuk melakukan urutan perineum. Kami mengesyorkan untuk anda bincang dengan doktor bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
5. Tidur Yang Cukup
Mungkin agak sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup. Namun, anda perlu cuba untuk tidur lapan jam sehari sehingga hari bersalin kerana rehat yang mencukupi amat diperlukan ketika ini.
6. Amalkan Doa & Zikir
Sentiasa berzikir, dirikan solat taubat dan solat hajat sambil memohon doa kepadaNya bagi memudahkan anda bersalin dan bayi dilahirkan sihat dan selamat. Salah satu zikir yang boleh diamalkan sepanjang hamil dan sewaktu mengalami kontraksi ialah zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan paus.
7. Makan Sebelum Berangkat
Sebelum berangkat ke hospital, pastikan anda makan terlebih dahulu. Tujuannya ialah sebagai bekalan tenaga ketika mahu bersalin nanti.
8. Bawa Buku Kehamilan
Bawa buku rekod kehamilan walau di mana jua anda berada. Andai perlu bersalin sebelum tiba masanya, sekurang-kurangnya buku rekod berkenaan dapat membantu doktor bakal menyambut kelahiran bayi mengetahui tahap kesihatan anda dan anak dalam kandungan.
9. Kebersihan Diri
Di akhir trimester kehamilan, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya di bahagian alat kelamin. Seminggu sekali, pastikan bulu bahagian intim dicukur dengan sempurna.
10. Mohon Maaf
Mohon maaf dan reda daripada suami, ibu, ayah, mertua dan ahli keluarga yang lainnya. Minta mereka mendoakan kesejahteraan anda dan bayi yang bakal dilahirkan.
11. Jaga Pernafasan
Sentiasa menjaga dan mengawal corak pernafasan. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskannya menggunakan mulut.tarik dalam-dalam, kemudian lepaskan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku kontraksi. Sentiasa berkeadaan tenang agar kesakitan yang di dalam dapat dikurangkan.
12. Cara Meneran
Jangan sesekali meneran sebelum bukaan serviks mencapai 10cm. Cara ini dapat mengelakkan rahim Puan daripada membengkak. Dalam masa yang sama, jangan meneran jika tiada kontraksi. Hanya ketika kontraksi sahaja, bayi dapat ditolak dengan baik. Jadi simpan tenaga anda untuk meneran pada waktu yang sepatutnya.
13. Elak Menjerit
Sebaik-baiknya meneran tanpa mengeluarkan suara atau menjerit. Keadaan ini boleh menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika proses bersalin.
14. Ambil Cuti
Sekiranya bekerja, anda sangat digalakkan untuk mengambil cuti. Usah bekerja sehingga ke tarikh jangkaan bersalin. Hal ini kerana dibimbangkan tekanan kerja akan membuat anda stres. Jika boleh luangkan masa seminggu untuk duduk berehat dirumah sebelum bersalin.
15. Sokongan Suami
Rancang dengan suami. Usahakan suami sentiasa di sisi. Pada ketika ini sokongan emosi dari suami sangat-sangat penting.
16. Gunakan Kerusi Roda
Gunakan kerusi roda jika anda merasa sakit yang tidak dapat ditahan.
17. Menutup Aurat
Apabila ada kesempatan, beritahu untuk dapatkan doktor perempuan. Seboleh-bolehnya jaga aurat seelok yang boleh. Bagi proses bersalin secara normal, Puan boleh cuba seluar bersalin Mamapride. Seluar ini dicipta khas bagi melindungi peha, betis dan lutut daripada terdedah.
Semoga bermanfaat.
#Berpantang
3 Comments
Thanks for sharing! Boleh share dengan Mrs.Mom yg tengah menghitung hari nak bersalin ^^
ReplyDeleteTerima kasih info ni. Boleh dipanjangkan kepada bakal2 ibu 👍🏼
ReplyDeleteBoleh share ngan member tips ni
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊