Tips memudahkan susu ibu keluar dengan meriah.

Assalamualaikum wbt,

Tips memudahkan susu ibu keluar dengan meriah dan mudah, tips banyakkan susu selepas bersalin, Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin, 7 Tips Banyakkan Susu Badan Tanpa Produk 'Milk Booster', petua banyakkan susu badan, Suplemen banyakkan susu badan
Add caption

Pernahkah anda dengar, disaat ibu baru melahirkan anak susu ibu susah untuk keluar? Ini kerana, ibu ketika hamil kurang mendapat pendedahan tentang bagaimana cara untuk membersihkan kawasan puting dan aerola. 

Pernah kak wawa bertanya kepada kawan yang baru melahirkan anak, ketika di hospital Nurse terpaksa mengurut bahagian puting ibu untuk membantu ibu mengeluarkan susu. Keadaan ini boleh mengundang tekanan kepada ibu sendiri untuk menyusu bayi melalui susu ibu.

Jadi, apa persediaan yang perlu anda lakukan bagi mengatasi dan mengelakkan keadaan susu ibu susah keluar selepas proses bersalin. Memandangkan sekarang ini, susu formula pasti dilarang oleh nurse dan doktor. 

Ketika hamil, kalenjar susu ibu sudah terbentuk dan apabila usia kandungan mencecah 5 ke 6 bulan, susu ibu akan terhasil dan jika dipicit ia akan keluar. Hal ini tidak berlaku kepada semua ibu hamil, ada kalanya, susu ibu terhasil diakhir kehamilan.

Faktor susu ibu terhasil lebih awal adalah mengikut pemakanan yang diambil oleh ibu. Jika mengikut nutrisi dan khasiat yang betul, susu ibu akan terhasil lebih awal.

Ibu hamil perlu membersihkan kawasan puting dan aerola setiap hari supaya, sewaktu bersalin susu boleh keluar dengan lancar.

Tips memudahkan susu ibu keluar dengan meriah dan mudah adalah :

1. Bersihkan kawasan puting setiap hari supaya tiada daki yang menghalang pengeluaran susu ibu.
2. Bersihkan kawasan luar puting (aerola) setiap hari supaya tiada daki yang melekat.
3. Sentiasa mengurut puting dan payudara ketika hamil.
4. Pengambilan makanan seimbang perlu ketika hamil supaya pengeluaran susu dapat terhasil sejak hamil.
5. Pengambilan supplemen dapat membantu payudara ibu hamil bersedia mengeluarkan susu ibu dengan lebih banyak dan berkhasiat.



Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar