Assalamualaikum wbt,
Hari ni perkara yang kurang best berlaku, tapi wawa terima sebagai ujian dari Allah swt. Kan, setiap yang berlaku Allah aturkan dengan begitu indah. Just say, Alhamdulillah terima kasih Allah.😊
Tengah hari tadi, wawa berkira-kira untuk pulang ke rumah sebab nak tukar tudung , rasa macam kurang selesa. Pagi wawa pakai shawl satin dan tukar dengan shawl keknis by qisamni. Lebih selesa dan terletak.
Dari tempat kerja ke rumah wawa ambil masa dalam 10-15 minit kalau jalan sesak. Nak jadikan cerita, lepas siap tukar tudung dan nak pergi ke ofis balik, tiba-tiba jalan lagi sesak. Ingatkan ada excident.
Ohh, rupanya ada road blok jpj. Dengan penuh yakin wawa nak tekan minyak. Sekali seorang jpj ketuk cermin suruh berhenti sebelah.
Cuak juga, kenapa aku kena. Wawa cakap dalam hati, rupanya no plate kecil. Aduh, macam tahu-tahu je baru dapat gaji. Sambil dalam kereta wawa baca sedikit doa dan tiup ke arah jpj tersebut. Dalam hati, minta-mintalah tak kena. Tapiiii, kena jugakkkk.😄😄😄
Nasib baik pakcik jpj tu baik, katanya dia saman sebab gagal tunjuk lesen je la. Kalau saman no plate sampai rm300, kecian juga dekat kamu. Kata pakcik jpj yang baik tu.
Ok lah pakcik, saman je la. Rezeki pakcik hari ni. Hehe
Asbab kerana pakai tudung ini, dan nak tukar tudung ini ku kena saman.Hihi
3 Comments
dugaan... rajin lak en jpj tuh bt roadblock kan...
ReplyDeleterezeki jpj lah wawa bukan rezeki pakcik tu :) ... nasib baik tak kena rm300 kan
ReplyDeletehah! gagal tunjuk lesen kene saman bape pulak hengget dik?
ReplyDeleteAkak ni dah hampir sepuluh taun bawa kete...baru sekali kene saman sebab curi ayam...demam 3 hari...hahaha...kene bayo 100 T___T
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊