Selamat bersantai petang pada yang masih dalam mood bercuti. Wawa dah masuk kerja hari ini. Petang-petang macam ni, mood kerja semakin ke laut. Hehe
Wawa nak share dengan korang, kenapa wawa suka Vivix. Hari raya aildiladha yang lalu, pipi wawa ditumbuhi jerawat. Asbabnya, wawa pakai compact powder maybeline. Harganya boleh tahan juga, color pun cantik. Suami wawa yang suggest beli, katanya nak suruh wawa pakai make up. Sekali dibelinya maskara, eyeliner & lipstik.
Hari raya tu, wawa pakai laa cantik menepek bedak semua. Malamnya, selepas usai cuci muka, ada beberapa ketul jerawat merah dibahagian pipi. Jenuh wawa fikirkan, tak ada plak wawa makan budu, sambal belacan atau seafood. Naiknya macam zaman study dulu, jerawat merah yang alergik dengan produk.
Esoknya, wawa ambil satu sudu Vivix dan campur dengan Collagen powder 1 sachet. Alhamdulillah, pagi tadi jerawat merah dah kering dan kecut. Subhanallah, serius menakutkan tengok jerawat ni. Sebab dia naik sekali tu banyak..
Alhamdulillah, sebab tu wawa suka sangat dengan Vivix. Peneman setia wawa setiap malam.")
1 Comments
hidup vivix !! eh =P
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊