5 Tips Bagaimana Nak Dapat Duit Banyak Di Usia Muda?

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang bertanya mommy, tips bagaimana nak dapat duit yang banyak diusia muda. Persoalan ini datang dari ramai kawan-kawan mommy, selepas mereka melihat mommy dan daddy dapat bina sebuah rumah yang indah dengan tunai diusia muda. Kos pembinaan rumah ini bukanlah berharga ratus ringgit, malahan memakan harga ratusan ribu ringgit.  

Sebenarnya, mommy bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang kewangan, tetapi bilamana ramai yang bertanya terdetik dihati mommy untuk berkongsi "tips bagaimana mommy dan daddy dapat duit yang banyak diusia muda. Ya, ramai orang diluar sana mampu miliki rumah yang besar, lebih cantik dari rumah kami, tetapi tidak ramai yang mampu buat dengan tunai. Adapun, mungkin mereka membuat hutang personal melalui bank dan sebagainya. Kan?

Bukanlah niat mommy untuk berbangga, namun pencapaian ini kami panjatkan penuh kesyukuran kepada Yang Maha Pemberi Rezeki Ya Wahhab Ya Razzaq Allah swt yang mengizinkan rezeki ini kepada kami.
Hari ini mommy nak kongsikan kepada anda "Tips bagaimana nak dapat duit banyak di usia muda" dengan mudah dan mommy yakin, anda semua mampu lakukan juga. Apa yang mommy lakukan untuk dapatkan duit yang banyak diusia muda?hehe



5 Tips Bagaimana Nak Dapat Duit Banyak di Usia Muda

1. Target 
Target adalah komponen penting dalam hidup anda walau apapun yang anda ingin lakukan. Letakkan target, berapakah simpanan yang anda buat setiap tahun. Target anda haruslah selari dengan pendapatan bulanan anda termasuk gaji kerja hakiki mahupun gaji perniagaan anda.

2. Simpanan wajib setiap bulan
Anda perlu mewajibkan diri anda untuk membuat simpanan wajib setiap bulan. By hook or by crook, anda tetap kena menyimpan setiap bulan. Walau apa pun jadi, simpanan setiap bulan wajib disimpan. 

Inilah yang mommy dan daddy lakukan, walau macam mana sekalipun kami tetap menyimpan, hatta rm100, rm200, atau beribu ringgit. Jika anda mahu simpanan yang banyak dalam masa yang cepat, haruslah menyimpan dengan kadar yang banyak. Kan?

Contohnya, jika anda dan suami bekerja anda boleh buat simpanan secara bersama. Ini kerana matlamat anda berdua pastinya sama bukan, inginkan duit yang banyak. Jadi, perlulah lakukan simpanan bersama.

3. Jangan membeli dan membazir
Jika anda ingin duit yang banyak di usia yang muda, anda harus jadi seorang yang sangat mundur. haha

Tak adalah, anda cuma perlu berjimat cermat yang tahap anda sendiri rasa sakit hati. Anda perlu hadkan pembelian yang membazir setiap bulan. Jika anda seorang yang gemar shopping baju setiap bulan, sila hentikan segera. 

Tidak mengapa orang mengata kita pakai baju yang sama, asalkan duit dalam simpanan kita banyak lebih dari orang lain. Cukuplah membeli baju enam bulan sekali, handbag setahun satu je, kasut setahun sekali. Tak apa pakai handbag yang sama bertahun-tahun, asalkan dalam bank kita buit berkepuk-kepuk.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mommy cuma ada 2 handbag sahaja iaitu bonia dibeli sewaktu hantaran kahwin dan coach dibeli tahun lepas. Dua-dua hadiah dari suami, tiada handbag yang lain mommy beli. Cuma dua walau apa sahaja event mommy pergi, hanya satu mommy guna.

Cuba tanya diri sendiri, berapakah handbag yang anda ada? haha

4. Jangan melancong
Mommy dan daddy tidak beratkan diri kami untuk melancong kesana ke mari, bagi kami cukuplah cuti kami diisi dengan habiskan masa bersama walau hanya dirumah. Untuk apa kita habiskan duit beribu-ribu semata-mata nak puaskan diri dan nak menunjuk pada orang kita dapat melancong ke sana ke mari.

Kami tidak kisah, walaupun ada yang mengata pada kami kedekut untuk 'reward' diri selepas berpenat lelah bekerja siang dan malam. Pada kami, asalkan kami tahu tujuan hidup kami, duit kami ada dengan banyak. hehe

5. Jangan menambah hutang 
Ini ramai yang tak mampu nak halang diri dari menambah hutang. Anda tidak perlu buat personal loan, jika tiada kepentingan yang besar untuk anda lakukan. Elak diri dari buat hutang peribadi hatta cuma RM5000. Sebolehnya, mommy nasihatkan kepada anda habiskan hutang yang sedia ada.

Jika sudah ada kereta, jangan ditambah beban hutang kereta yang lain. Simpan dulu duit anda yang banyak itu untuk buat rumah atau beli rumah. Jika kereta anda masih boleh dipakai, pakailah. Jangan beli dahulu kereta yang baru. Jangan fikir nak berlumba dengan orang, akhirnya kita yang menanggung beban hutang sehinggakan tidak mampu untuk menyimpan.

Inilah dahulu 5 tips bagaimana nak dapat duit banyak diusia muda. Jika anda masih bekerja, lakukan tips ini sebaik mungkin. Mommy yakin, anda mampu menyimpan dengan lebih banyak lagi. InsyaAllah.