Assalamualaikum wbt,
6 Resepi Kek Marble Viral Pelbagai Cara Mudah Dan Sedap | semusim yang lalu, kek marble menjadi begitu viral di kalangan penggemar kek. Di sana-sini semua memuat naik gambar kek marble di mukabuku, bukan itu sahaja ia juga menjadi jualan hangat buat para bakers.
Jadi, hari ini mommy kongsikan 6 resepi kek marble viral, kek marble jelita pelbagai cara untuk rujukan anda. Bolehlah dibuat ketika berada di rumah dan hari raya nanti.
6 Resepi Kek Marble Viral Pelbagai Cara Mudah dan Sedap
#1 – Resepi Kek Marble (Azlina Ina Fans)
Resepi Kek Marble Velvet |
Bahan-Bahan:
- Butter atau majerin di cair kan timbang 160g
- 5 biji telur gred A atau B
- 1 sb ovalate
- 1 cawan gula halus/150g (kemanisan ikut tekak korg)
- 1/4 cawan susu segar/ 60g
- 3sb serbuk horlick
- 1sk esen vanila (pilihan)
- 170g tepung self rising atau 1 3/4 cawan
Cara-Cara:
- Mix semua kecuali butter cair tadi sampai gebu berwarna putih suci.
- Masukkan butter cair tadi suam-suam ya dan gaul spatula gaul mcm biasa tu laju-laju eh.
- Ambik sikit adunan dan letak pewarna. Selebihnya tuang dalam loyang 8x8 buat tompok2 gitu.
- Selepas itu, lorekkan lah sukati korang.
- Panaskan oven 3 minit je.
- Oven 120-130 untuk 45-75 liter.
- Jika oven 140-150 untuk 100 liter.
- Dalam masa 45-55 minit atau 1 jam kalau ade oven yang suhu die lambat panas.
- Letak rak no 1 ya, tunggu sehingga masak.
#2 – Resepi Kek Marble Kukus (Saadiah Marno)
Resepi Kek Marble Kukus |
Bahan A
- 1/2 cawan butter cair dan sejukkan
Bahan B
- 3 biji telur saiz B
- 3/4 cwn gula perang
- 1 sb ovelate
- 1 sk esen vanila
- 1 1/4 cawan tepung gandum*
- 5 sb susu tepung*
- 1 sk baking powder*
- 1 sk soda bicarbonate (Untuk kukus sahaja, jika bakar tidak perlu letak)*
Cara-Cara:
- Ayak bahan bertanda * dan masuk dalam bahan-bahan diatas tadi kecuali butter cair.
- Putar bahan B speed laju lebih kurg 5 minit, hingga gebu.
- Masuk butter cair dan gaul sebati.
- Bahagi adunan 2 bahagian, 1 bahagian campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan sebatikan.
- Alas loyang saiz 7" dengan baking paper bawah dan tepi loyang.
- Masukkan adunan selang seli hingga habis, lorek ikut kretiviti.
- Kukus api besar 30 - 40 minit.
- Jika ingin bakar pastikan suhu 170c 40 minit ikut oven masing-masing.
#3 – Resepi Kek Marble Gebu Gebas ( Azlina Ina Fans)
Resepi Kek Marble Gebu |
Bahan-Bahan:
- 6 biji telur( nak cantik naik elok senang kembang guna telur omega atau nutriplus xcaya try)
- 1 cawan gula(170g)
- 1 sb ovalate
- 3sb susu pekat
- 1 sk esen vanilla
- 1/4 cawan susu segar
- 3 sb tepung susu( option boleh tukar horlick)
- 2 cawan tepung self rising(200g)
Cara-Cara:
- Terjun semua sekali dalam mixer senang. Mix sampai gebu putih.
- Sementara itu cairkan butter dan sukat 1 cawan atau 150g nak moist suam-suam ya.
- Masuk dalam bahan mix tadi dan kacau sebati.
- Bahagikan ikut la warna kesukaan masing-masing.
- Lapik baking paper dalam loyang 9x9 kalau 8x8 melimpah ok dan panas kan oven sekejap je ye.
- Setkan rak bawah sekali dalam oven dan suhu 150 jangan lebih masa 45-50 minit bergantung oven masing-masing tau. Ok, tunggu masak.
- Sisip tepi kek dan tebalikkan atas redai petak2 dan bia 3-4 jam masa panas permukaan kek keras jadi bentuk redai xkan xterbentuk. Tunggu sejuk baru cantik corak dia.
#4 – Resepi Kek Marble Sukatan Cawan (Loyang & Acuan)
Resepi Kek Marble Sukatan Cawan |
Bahan-Bahan:
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan planta
- 4 biji telur
- 1 1/2 penutup esen vanilla
- 1 sd baking powder
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- Pewarna
Cara-Cara:
- Campurkan semua bahan dan putar sehingga gebu dan putih.
- Cairkan planta hingga suam.
- Campurkan ke dalam adunan gebu tadi.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut pewarna kesukaan.
- Masukkan ke dalam Loyang yang berlapik secara selang seli.
- Bakar suhu 150c selama 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing.
Resepi Kek Marble Jelita |
Bahan A
- 5 biji putih telur (kuning telur diasingkan
- 50 gram gula kastor
Bahan B
- 5 biji kuning telur (putih telur diasingkan)
- 250 gram marjerin (jenama Pelangi)
- 200 gram gula kastor
- 1 sudu esen vanila
Bahan C
- 200 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 50 ml susu segar
Cara-Cara:
- Gabungkan putih telur dan gula. Pukul sehingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, gabungkan gula, marjerin, kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang. (Jika anda mahu, anda juga boleh menambah 1 sudu besar ovalet.)
- Seterusnya, ayakkan tepung ke dalam adunan.
- Masukkan pula susu segar secara berselang seli dengan tepung.
- Apabila adunan sudah sebati, gaulkan putih telur yang dipukul menggunakan senduk dengan perlahan. Gaul sehingga sebati.
- Kemudian, agihkan adunan kepada 4 bahagian. Guna warna terang dan kontras seperti merah, biru, hijau untuk mendapatkan hasil yang cantik.
- Griskan loyang dengan mentega dan kertas minyak.
- Lapiskan adunan mengikut warna yang berbeza. Mulakan dengan warna merah jambu, biru dan hijau. Simpankan separuh adunan untuk dicorakkan di atas kek.
- Ratakan adunan warna hijau di atas kek. Kemudian, sudukan adunan warna merah jambu dan hitam di setiap penjuru dan warna biru di tengah.
- Sebelum mula menghias kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu kepada 180°C.
- Dengan menggunakan lidi, corakkan adunan dengan menggabungkan warna-warna.
- Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar pada 150°C hingga 160°C selama 50 minit hingga 1 jam.
- Apabila Kek Marble Jelita sudah siap, inilah hasilnya. Gebu dan memang cantik memandang!
Resepi Kek Marble Jelita Oren |
Bahan-Bahan:
- 250g pure butter
- 1 1/4 cawan gula halus / 180g
- Telur ayam 6 biji gred B
- 2 cawan tepung self rising /200g tepung self rising
- 4sb susu segar
- 1sk emolco oren dan lemon
- 2sb serbuk koko
- Buah ikut sesuai dengan tema limau mandarin atau.lemon.
Cara-Cara:
- Butter dengan gula serta esen oren di mix smpai kembang dulu.
- Sementara butter kembang, ayak tepung.
- Sudah kembang butter masukkan sebiji telur dulu mix slow bagi sebati baru masukkan telur ke dua dan seterusnya.
- Matikan mixer, masukkan 2 senduk tepung dan kacau, berselang dengan susu serta kacau lagi.
- Apabila sudah habis semua tepung dengan susu.kacaukan semua sekali, parutkan kulit limau sikit. Sagat kulit die yang oren-oren itu je. Bagi wangi.dan kacau lagi.
- Bahagikan 2 bahagian adunan. Bahagian marble coklat masukkan serbuk koko dan kacau.tambah 2sb susu segar kacau sebati.
- Satu bahagian letak emolco lemon pewarne oren sket dan kacau jugak.
- Lapik baking paper dulu ye.buat 4 tompok disetiap penjuru selang seli warna, baru letak adunan kat tengah-tengah. Isi adunan sampai habis secara berselang seli.
- Lorekkan adunan di dalam Loyang dan buah limau potong nipis susun cantik-cantik atas kek.
- Bakar dengan api atas bawah suhu 180 masa 45 minit.
Selamat mencuba semua!
2 Comments
lawanya kek haha
ReplyDeletebanyak pulak jenis kek marble....
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊