Assalamualaikum wbt,

Pagi ni dapat email dari team Rich Work mengenai 5 tabiat yang dapat bantu bebas kewangan. Betul kan, ramai isi rumah Malaysia terutama orang melayu punyai masalah kewangan dan hutang. Mungkin ramai yang tercari-cari formula untuk bebas kewangan. 

Kalian boleh cuba follow tabiat yang di kongsi oleh Dr Azizan Osman ini.

 5 tabiat ini untuk bebas kewangan.


1.      Lebihkan pendapatan kurangkan perbelanjaan
Tak kira samada anda peniaga atau pekerja, anda perlu pandai dalam menguruskan perbelanjaan.  Tak kira sebesar mana pendapatan anda, anda perlu bijak untuk tahu apa dan bila mahu berbelanja.  Anda mungkin pernah dengar kisah ramai selebriti barat yang pada suatu masa dulu merupakan hartawan tetapi dalam sekelip mata menjadi miskin kerana tidak bijak berbelanja.

2.      Cintai kerjaya anda
Satu cara lain untuk jana lebih pendapatan ialah dengan bekerja bersungguh-sungguh.  Cintai kerja anda dan jadikan diri anda sanggup buat apa sahaja untuk memastikan kerja anda siap.  Pastikan anda ada banyak ilmu tentang pekerjaan anda.  Dengan ini mudah untuk anda minta kenaikan gaji atau dinaikkan pangkat.

3.      Buat belanjawan
Anda juga boleh buat belanjawan dan mengamalkan jimat cermat. Anda boleh rancang perbelanjaan harian dan bulanan anda. Kata orang tua-tua, ikat perut sikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Simpan sikit-sikit, lama-lama akan jadi banyak juga.

4.      Kurang berhutang
Percaya atau tidak, bila anda berhutang tanpa anda sedar, jumlah yang anda patut bayar adalah lebih banyak dari jumlah hutang sebenar. Tapi ramai orang tak fikirkan perkara ini bila mereka mahu berhutang. Jadi, anda boleh kurangkan berhutang untuk dapat lebih kebebasan wang.

 5.      Buat pelaburan
Salah satu cara lagi yang dikatakan boleh membantu memberikan anda kebebasan kewangan ialah dengan pelaburan.  Tapi, anda tak dapat lari dari berhadapan dengan risiko terutamanya jika anda tak ada sebarang ilmu.  Trend terkini ialah bila ramai orang mula melabur dalam bidang hartanah, emas, saham dan banyak lagi, tapi yang mana satu jenis pelaburan yang lebih sesuai untuk anda dan memberi keuntungan serta pulangan yang bagus?

Betul ker 5 tabiat ini dapat bantu anda bebas kewangan? Mungkin, tapi jangka masa yang diambil mungkin lebih lama. Dan untuk membuat pelaburan tanpa ada ilmu adalah satu perbuatan yang sangat bahaya.