Ada sahabat wawa yang mempertikaikan tentang ini. Pada wawa, mungkin tak perlu di panjangkan pun cuma sekadar untuk pengetahuan bagus juga. Kan.
Jom baca perkongsian dari Master Nana tentang isu ini.")
Beribadah Untuk Jemput Rezeki?
Sebentar tadi saya tanyakan pada Ustaz pendapat beliau mengenai amalan menjemput rezeki.. Salahkah kalau kita beribadat contohnya kita buat solat dhuha dengan niat untuk mengharapkan Allah murahkan rezeki kita?
Dan jawab ustaz, TIDAK SALAH.. Kerana manusia itu sifatnya memang sukakan ganjaran..
Contohnya manusia solat dan beribadah kerana hendak mengharapkan ganjaran pahala, menjadi insan kesayangan Allah dan dimasukkan ke syurga Allah..
Itu ganjaran akhirat..
Nak harapkan ganjaran di dunia juga tidak salah.. Kerana yang kita minta itu daripada Allah, tuhan kita..
Bukanlah kita meminta kepada sesuatu selain daripada Allah..
Kalau nak kata jangan harapkan balasan, mesti kena IKHLAS..
Ikhlas tu ikhlas macam mana?
Bila kita ikhlas, kita masih mengharapkan redha Allah.. Masih mengharapkan syurga Allah..
Maka bermakna kita masih juga mengharapkan ganjaran Allah..
Maka tak boleh pukul rata dengan mengatakan orang yang beribadat dengan mengharapkan agar dimurahkan rezeki itu sebagai TIDAK IKHLAS pula 😊
Sedangkan kita bekerja pun kita harapkan untuk dapat gaji..
Kenapa tak ikhlas bekerja dengan tak harapkan apa-apa je.. Kan senang?
Islam itu mudah.. Islam itu indah..
Jangan kita sulitkan.. Jangan kita adakan sesuatu hukum yang tiada..
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Allah Maha Kaya lagi Maha Berkuasa..
Mintalah.. Pohonlah segalanya daripada Allah.. Tanpa had.. Tanpa sekatang..
Mintalah apa sahaja yang baik baik daripada Allah.. Kerana Allah suka hambaNya yang meminta-minta dan mengharapkan pertolongan daripada Allah 😊
3 Comments
nice sharing...
ReplyDeletesetuju. :)
ReplyDeletebetul tu..allah suka kepada umatnya yg sentiasa meminta..allah maha penyanyang..akan di anggap SOMBONG jika selepas solat tak mahu berdoa
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊