Assalamualaikum wbt,

Ilmu kewangan yang wawa dapat dari group bijak uruskan wang. Boleh share jika bermanfaat untuk anda.")

PROFIL KEWANGAN YANG MANTAP :
Nombor 7 ramai yang kantoi
==============================

1. TAMBAH PENDAPATAN

Gaji yang anda terima mungkin tidak seberapa, namun itu bukan alasan yang bank boleh terima. Jika itu alasannya, maka lupakan sahaja hasrat dan impian miliki rumah idaman. Usahakan untuk buat kerja sampingan untuk jana pendapatan. Boleh juga buka syarikat enterprise atau kerja dengan rakan yang ada syarikat. Buat sahaja apa-apa kerja dan selepas itu pastikan anda baca nombor 6.


2. KURANGKAN KOMITMEN

Bagi yang slip gajinya masih dara atau yang baru mula bekerja, jangan gatal tangan atau miang mata tengok kereta mahal nampak macam murah sahaja. Jangan juga terpesona dengan skim cepat kaya sebab nak goyang kaki sambil tunggu duit masuk saja. Jangan kahwin dengan pembiayaan peribadi yang mencanak angkanya. Jangan jadi bodoh macam kebanyakan orang kita yang dahulu kala termasuklah saya. Jangan malas cari ilmu. 

Bagi yang sudah terlanjur, berhenti membuat komitmen tambahan. Hentikan. Jika mahu juga, buatlah komitmen yang bernilai dan pada masa yang sama menjana pendapatan positif aliran tunai. Atau buat komitmen yang menjana aset yang nilainya meningkat setiap masa, bukannya liabiliti yang nilainya berkurang dari semasa ke semasa. 

3. KONSISTENKAN SIMPANAN

Ini menunjukkan sikap kita dalam pengurusan kewangan. Bank akan lihat dan ambil kira sikap ini. Lagi lama dan konsisten anda menabung, lagi bank suka. Setiap bulan simpanlah sedikit dalam akaun TH contohnya. Setiap kali dapat gaji, simpan 10-20% dahulu kemudian yang lain barulah dibelanjakan ikut keperluan, bukan belanja ikut kemahuan. Simpan dalam bank supaya ada rekod transaksi sebagai bukti, bukan bawah bantal. 

4. PELABURAN

Pelaburan juga sangat berguna. Jika melabur dalam apa-apa instrumen yang menjana pendapatan contohnya ASB dan hartanah, isytiharkan juga. Dividen ASB adalah pendapatan. Aliran tunai positif daripada hartanah juga adalah pendapatan.

Logam bernilai contohnya emas juga pelaburan namun ia tidak diambil kira sebagai pendapatan. Anda boleh juga isytiharkan (berserta bukti pembelian dan simpanan) namun ia hanya membantu anda daripada aspek rekomendasi sahaja. Ia tidak dikira sebagai pendapatan.

5. ISYTIHAR DAN BAYAR CUKAI

Pengisytiharan cukai ini ialah pengakuan berapa banyak pendapatan yang kita jana. Apa yang kita isytihar, itulah yang bank rujuk untuk bandingkan dengan pendapatan dan komitmen yang kita ceritakan di atas tadi. Jangan sorok-sorok. Nak kurangkan cukai bukan cara sorok-sorok pendapatan tetapi dengan cara bayar zakat pendapatan. Namun niat bayar zakat bukan sebab nak kurang cukai sebaliknya kerana Allah sahaja. 

6. PERLINDUNGAN

Berapa banyak pendapatan atau aset yang ada tapi tiada perlindungan pun tak guna juga. Pastikan ada perlindungan contohnya takaful untuk diri dan aset-aset tadi. Saya rasa bank tak pandang itu semua tetapi jika bab perlindungan ini mantap, ia mungkin memberi "impression" yang mantap pada pandangan mata banker. 

7. SEMPURNAKAN DOKUMENTASI

Kalau buat semua nombor 1-6 tadi tapi tiada dokumentasi, tak guna. Bank tak terima pengesahan secara verbal, sebaliknya bank perlukan pengesahan secara dokumen. Rekodkan semua transaksi. Tak reti dokumentasi profil kewangan? Jumpa banker bahagian pembiayaan perumahan. Kerja kerajaan, kerja swasta, kerja sendiri, berniaga dan sebagainya memerlukan syarat dokumentasi yang berbeza-beza dan tempoh yang tidak sama. Contohnya ada kakitangan kerajaan yang cukup dengan 3 bulan dokumentasi sahaja manakala ada yang berniaga sendiri memerlukan 2 tahun dokumentasi. 

Penting ke semua yang saya coretkan di atas tadi? Tak penting kalau kau bercadang nak beli rumah secara tunai. Penting kalau kau nak dapatkan pembiayaan perumahan atas konsep OPM. Nak kumpul 10% pun mengah, inikan pula nak bayar tunai. Kalau kau rasa pembiayaan perumahan Islamik itu riba, itu fahaman kau, bukan fahaman aku.

Kalau rasa ada kenalan yang perlukan ilmu ini atau sering menyalahkan bank kerana tak luluskan permohonan pembiayaan, tag mereka supaya kita sama-sama dapat sebar ilmu berguna.