Assalamualaikum wbt,

Gambar Akad Nikah Mira Filzah | Alhamdulillah, akhirnya pelakon dan pengacara kesayangan ramai Mira Filzah akhirnya selamat dinikahkan pada malam ini 3 September 2020. Pelakon heroin Lelaki Kiriman Tuhan ini memilih Wan Emir Astar sebagai teman hidupnya.

Hashtag #emiramirah kini trending.

Jom kita lihat gambar sepanjang majlis akad nikah Mira Filzah dan Wan Emir. Mira berbusana warna putih bersih tampil anggun pada malam ini. Busana Mira dari pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Dato Rizman Ruzaini.

Perkahwinan Mira dan Emir menjadi "wedding of the year" bagi tahun 2020. Pelamin tersergam indah ini pasti menjadi kegilaan bakal pengantin selepas ini. 

Gambar kredit to instagram : Miralfilzah, tv3malaysia.