Assalamualaikum wbt,

Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone | Pada 23 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.



Kemudahan ini disediakan kepada semua pencarum ahli KWSP bagi menghadapi wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi bukan sahaja pada negara malah kepada rakyat amnya. Untuk pengetahuan kalian semua, pengeluaran duit KWSP i-Lestari ini bukanlah suatu kewajipan kepada semua, kerana kita faham bahawa KWSP merupakan simpanan untuk hari tua. Jika kalian mempunyai sumber kewangan yang lain, boleh diabaikan saranan Perdana Menteri kita. Tetapi jika ia dapat membantu anda untuk meneruskan kelangsungan ekonomi keluarga ketika ini, peruntukan ini sangat membantu. Bagaimanakah cara untuk keluarkan duit caruman KWSP sebanyak RM500 sebulan ini? 

Memandangkan kita dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, pihak KWSP telah memberi penerangan cara untuk kita membuat pengeluaran secara atas talian (online). Mommy kongsikan cara bersama gambar yang disediakan oleh saudara AmirFarhan di facebook beliau.

14 Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone

#Step 1 - Layari Lawan Web www.kwsp.gov.my
Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan untuk mengeluarkan duit KWSP RM500 secara online menggunakan telefon mudah alih kalian. Masuk ke laman web rasmi KWSP (https://www.kwsp.gov.my/).



#Step 2 - Klik i-Akaun (Member)
Masukkan user ID dan password anda. Bahagian ini anda terlebih dahulu mengaktifkan akaun anda menggunakan IC Card di mana-mana pejabat KWSP. Ini kerana kita perlu mendapatkan user ID dan password untuk mengakses dan mendaftar i-akaun (member). Jika anda tiada user ID dan password, boleh cuba hubungi pihak KWSP untuk keterangan seterusnya.

Mommy sudah lama mendaftar i-Akaun (Member) sebab nak pastikan samada syarikat mommy bekerja sebelum ini ada buat pemotongan atau tidak. Bila semua dibuat online, lebih mudah untuk mommy yang kurang rajin nak pergi ke pejabat KWSP. 

Jika kalian sudah ada user ID dan password, boleh terus masukkan detail kalian di ruangan berwarna coklat.

Step 1 dan 2 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 3 - Klik Option Withdrawal
Pada step ketiga untuk keluarkan duit kwsp i-Lestari RM500 ini, anda perlu ke home page, lihat option Withdrawal dibahagian atas sebelah kanan. Lihat gambar dan anak panah warna putih didalam petak biru. Kalian tekan di situ dan keluar seperti di step 4.

Step 3 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 4 - Tekan New Application
Pada step ini, phone kalian akan menunjukkan seperti gambar di bawah. Klik perkataan New Application di bahagian atas kanan. New application adalah permohonan baru bagi mengeluarkan wang simpanan KWSP RM500.



Step 4 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 5 - Klik Pada Withdrawal Type
Cara keluarkan duit KWSP RM500 menggunakan telefon adalah tekan pada Withdrawal Type.
Step 5 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone Secara Online
#Step 6 : Pilih i-Lestari
Selepas kalian klik pada step kelima, teruskan memilih i-Lestari untuk teruskan pengeluaran duit KWSP RM500 kalian.

Step 6 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 7 - Tekan Tutup (x) Pada Popup Ini
Step 7 anda perlu menekan (x) pada popup yang keluar selepas anda memilih i-Lestari. Popup ini adalah Nota Penting Permohonan Pengeluaran KWSP RM500 secara atas talian. Kalian juga boleh membacanya untuk mendapatkan dan mengetahui apakah nota yang disediakan itu.

#Step 8 - Klik Butang Next
Selepas itu, anda perlu menekan butang Next. Jika tidak, permohonan anda tidak dapat diteruskan dan seterusnya tidak dapat keluar duit KWSP i-Lestari nanti. hihi

Step 7 & 8 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 9 - Masukkan Amaun RM50-RM500
Selepas itu, masukkan amaun yang kalian ingin keluarkan sama ada RM50~RM500 di bahagian Applied Amount. Anda boleh masukkan berapa yang anda ingin keluarkan, tiada paksaan.

#Step 10 - Pilih Jenis Bank
Pilih jenis bank anda di bahagian Bank Akaun Detail, dan masukkan nombor akaun mengikut jenis bank yang anda pilih. Seeloknya masuklah ke akaun bank yang aktif, nanti senang nak pergi cucuk. 

Step 9 & 10 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 11 - Kemaskini Maklumat Peribadi Jika Perlu
Jika perlu, pada ruangan ini kalian boleh buat kemaskini maklumat peribadi.

Step 11 - Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 12 - Klik (/) Di Check Box
Selepas kemaskini maklumat peribadi anda, boleh tanda (/) dibahagian petak dibawah. Ini menandakan anda faham dan setuju.



#Step 13 - Klik Request TAC
Untuk berjaya mengeluarkan duit KWSP RM500 menggunakan phone, anda hendaklah memastikan nombor telefon sama dengan yang anda guna sekarang. Ini kerana anda perlu klik request TAC, dan nombor TAC tersebut dihantar ke nombor telefon yang berdaftar.

Step 12 & 13 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
 #Step 14 : Masukkan No TAC
Masukkan no TAC yang telah anda terima melalui sms. Seterusnya untuk proses mengeluarkan duit KWSP i-Lestari ini, anda perlu tekan SUBMIT.
Step 14 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
#Step 15 - Siap
Selepas semuanya diisi dengan betul, di bahagian status akan keluar Submitted.
Step 15 : Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP RM500 Guna Phone
Inilah cara mudah macam mana nak buat pengeluaran duit KWSP RM500 menggunakan phone sahaja. Semoga bermanfaat.



Mudah dan cepat.