PRAY FOR PASIR GUDANG | TRAGEDI GAS METANA

Assalamualaikum wbt,


Sejak beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa penduduk Pasir Gudang di negeri Johor, dimana berlakunya pembuangan sisa toksik ditempat yang tidak sepatutnya dan mengakibatkan pelepasan gas metana ke udara.

Keadaan ini amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan penduduk Pasir Gudang khususnya. Kejadian ini telah mengakibatkan lebih 500 orang telah dikejarkan ke Hospital. 




keadaan sungai yang dicemari oleh bahan toksik


Tindakan pantas Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengisytiharkan 111 buah sekolah di seluruh Pasir Gudang adalah tindakan yang harus dipuji. Namun, mommy dikhabarkan ibu bapa yang bekerja di sana masih belum diisytiharkan supaya bercuti.


Buat pelajar SPM yang ingin mengambil keputusan, anda boleh rujuk sekolah dan lokasi yang boleh diambil seperti tertera di utusan rasmi KPM diatas. Semoga mendapat keputusan cemerlang mommy ucapkan kepada calon SPM yang mengambil keputusan hari ini.

Mommy kongsikan apa akibat jika terhidu gas metana yang berlebihan

BAHANA GAS METANA
versi alih-bahasa

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik yang mengeluarkan gas metana di Pasir Gudang. Pendedahan kepada gas metana ini sangat membahayakan orang awam tidak kira dewasa mahupun kanak kanak. Mari kita kupas apa itu gas metana dan apa kesannya apabila terdedah kepada gas ini?

APAKAH GAS METANA?

Metana (atau Methane) ialah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dan merupakan salah satu komponen utama gas asli. Metana tidak berbau, tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai ciri asfiksian (asphyxiant) (mampu mengurangkan kadar oksigen dalam udara).

Namun demikian, untuk penggunaan komersial, gas metana kebiasaannya akan ditambah dengan bahan kimia lain, seperti Hydrogen Sulphide, untuk mengesan sebarang kebocoran. Kita dapat menghidu gas ini apabila kebocoran berlaku dan baunya adalah seperti telur busuk. Jika anda mencium bau ini, ia bererti konsentrasi gas metana sudah tinggi dan ianya membahayakan kesihatan.

APAKAH KESAN APABILA TERHIDU/TERDEDAH KEPADA GAS METANA?

Apabila kita terhidu/terdedah kepada gas metana dalam konsentrasi yang tinggi, fasa asfiksia (asphyxia) boleh berlaku di mana gas metana akan menggantikan gas oksigen di udara. Keadaan ini mampu menurunkan konsentrasi oksigen sehingga di bawah paras 15 peratus dan badan kita akan kekurangan oksigen kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi. Kebanyakan orang mampu bertahan dengan pengurangan oksigen sehingga 16 peratus tanpa merasa sakit. Namun begitu, keadaan ini amat membahayakan dan perlu diberi rawatan segera.

Kekurangan oksigen dalam badan akan mengakibatkan:
1. Sukar untuk bernafas, sesak nafas
2. Loya dan muntah
3. Pening kepala
4. Dehidrasi
5. Denyutan nadi meningkat
6. Lemah badan
7. Hilang kesedaran
8. Koordinasi badan semakin berkurangan

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pakai “face mask” dan cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri anda daripada kawasan yang menjadi punca kepada pengeluaran gas metana ini. 

Sumber gambar: Google

#FarmasiIdealShares
#TeamINC
Share:

1 comment:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne