Assalamualaikum wbt,

Syukur ke hadrat ilahi, mommy dikurniakan seorang anak perempuan yang mommy gelarkan sebagai "Princess". Sepanjang 2 bulan mommy berpantang di kampung, ramai kawan-kawan yang datang ziarah. Ada yang hadiahkan baju, beg, hamper dan ada juga yang hadiahkan duit. Mommy simpan dalam tabung duit princess, setiap kali orang bagi, mommy letak dalam tabung. 

Alhamdulillah, murah rezeki adik princess. Jadi, mommy cadang untuk buka akaun tabung haji.

Alhamdulillah, mommy telah selamat membuka akaun Tabung Haji untuk princess tersayang. Seminggu sebelum mommy mulakan tugas dan masuk kerja di Johor, mommy telah pergi ke bank Tabung Haji untuk buat "Pembukaan Akaun Kanak-Kanak".

Macam mana cara nak buka akaun tabung haji untuk anak baru lahir? Boleh ke?

Jawapannya boleh, dengan syarat selepas dapat sijil lahir dan mykids. Untuk dapatkan mykids anak, kita perlu mendaftar kelahiran terlebih dahulu. Dapatkan sijil lahir dan mykids biasanya dapat selepas sebulan pendaftaran kelahiran.

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK BARU LAHIR

Caranya mudah sahaja. Pergi ke bank tabung haji terdekat dengan rumah anda, dan bawakan sijil kelahiran anak, mykids dan kad pengenalan anda atau penjaga. 

Isi borang terlebih dahulu, borang boleh dapati di kaunter bank tabung haji. Isikan maklumat anak dan penjaga. 

Berapa jumlah minima untuk buka akaun tabung haji anak baru lahir? Jumlahnya seminimum rm10  sahaja. Jika nak masukkan lebih, tiada masalah. Untuk simpanan anak anda juga kan. 

Untuk pengetahuan semua, hanya penjaga yang mendaftar keatas akaun anak sahaja yang boleh mengemaskini buku akaun nanti.


Dibawah ini, mommy sertakan syarat-syarat untuk pembukaan akaun tabung haji anak baru lahir.

AKAUN KANAK-KANAK

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu akaun dan satu penjaga sahaja yang dibenarkan.
  • Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
NOTA :
  • Penjaga adalah dinasihatkan untuk menukarkan status akaun di bawah jagaan yang telah berumur 18 tahun ke atas daripada akaun kanak-kanak ke akaun dewasa. Penukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH dengan permohonan daripada penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Selagi akaun itu masih lagi berstatus akaun kanak-kanak, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun umur kanak-kanak tersebut telah melebihi 18 tahun.

1 Comments

  1. Antara akaun wajib yang Sha buat untuk anak-anak..
    Sha buat potongan gaji setiap bulan untuk mereka..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊