Wednesday, 30 January 2019

Tuesday, 29 January 2019

8 Tanda-Tanda Kemurungan

8 Tanda-Tanda Kemurungan.

Assalamualaikum wbt,

Apa itu kemurungan?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, mendefinisikan kemurungan adalah penyakit mental yang kadang kala tanpa disedari.

Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.

Sebelum terjadi kemurungan dan mendorong individu mengambil tindakan melampau, seeloknya cuba kita cek diri sendiri ata orang sekeliling kita samada mengalami tanda-tanda dibawah.


Jom kenali tanda-tanda kemurungan.

Tanda-Tanda Kemurungan
  1. Cepat marah
  2. Hilang minat pada perkara rutin
  3. Rasa bersalah, gagal dan malang pada diri sendiri
  4. Kognitif : sukar untuk fokus dan membuat keputusan serta pelupa
  5. hilang selera makan
  6. Sedih yang berpanjangan
  7. Gangguan tidur
  8. Fizikal : lenguh-lenguh, mudah letih, pening dan masalah pencernaan yang berpanjangan walaupun dengan rawatan.


Mengapa seseorang mengalami kemurungan?
Sebab-sebab terjadinya kemurungan termasuklah:
  • Kemurungan boleh berlaku di dalam keluarga
  • Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan
    • Contoh: Kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa
  • Penyakit kronik
    • Contoh: Epilepsi (Sawan), asma dan kanser
  • Ciri-ciri peribadi
  • Penyalahgunaan dadah
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu
    • Contoh: Steroid, ubat cegah kanser
*Sumber : portal kementerian kesihatan*

Tahukah anda bahawa masalah kemurungan ini dapat diatasi dengan pengambilan makanan yang sihat, pergaulan yang sihat, rutin kehidupan yang lebih menggembirakan dan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin b.

Vitamin b adalah vitamin yang merangsang dan mengelakkan otak dari mengalami kemurungan serta tekanan.

Lihat fungsi Bcomplex di sini bagi melawan tekanan dan menstabilkan emosi.

Continue Reading

Sunday, 27 January 2019

Ketahui 10 Jenis Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Anda

Ketahui 10 Jenis Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Anda.

Assalamualaikum wbt,

Pembersih wajah atau lebih dikenali sebagai pencuci muka menjadi keperluan bagi setiap orang. Ini kerana kulit wajah kita terdedah kepada kotoran setiap masa. Justeru, bagi mengelakkan kulit wajah mengalami masalah, anda perlu membersihkannya setiap hari.

Menjadi persoalan pula, pembersih wajah jenis apa yang sesuai untuk kulit anda? Memandangkan semua orang mengalami masalah kulit yang berbeza, kita tidak boleh memakai pembersih wajah berpandukan wajah orang lain. Kita perlu meneliti masalah kulit wajah yang kita alami.

Jadi, dibawah ini anda boleh mengenal pasti jenis pembersih wajah yang sesuai untuk kulit anda.

10 Jenis Pembersih Wajah Mengikut Masalah Kulit Anda.

Ketahui 10 Jenis Pembersih Wajah Yang Sesuai Untuk Anda, Pembersih wajah, cara pilih pembersih wajah mengikut jenis kulit

1. Pembersih wajah jenis Gel - Kulit normal hingga kombinasi dan berminyak

Memaparkan rasa buih yang sangat bersih dan sentuhan lembut krim. Ia membersih hingga ke dalam kulit, berkesan untuk menyerap minyak berlebihan dan kotoran dari liang pori yang tersumbat.

2. Pembersih wajah jenis Minyak - Kulit kering dan sensitif

Bekerja secara "minyak menarik minyak", ia menyerap kotoran tanpa mengeringkan kulit anda. Ia membekalkan nutrien kepada kulit.

3. Pembersih wajah jenis Krim - Kulit kering dan sensitif

Tekstur pekat dan berkrim untuk membersihkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi kulit.

4. Pembersih wajah jenis Buih - Kulit berminyak dan kombinasi

Bermula sebagai krim dan berubah menjadi buih untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan. Ia  boleh menjadi sedikit keras dn mengeringkan kulit.

5. Pembersih wajah jenis Susu - Kulit kering dan sensitif

Membersih hingga ke dalam dan menghidrat kulit tetapi tidak disyorkan untuk membersih solekan.

6. Pembersih wajah jenis Tanah Liat - Kulit berminyak dan kombinasi

Membersihkan kulit dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang pori.

7. Pembersih wajah jenis Misel (Micellar) - Kulit kering dan sensitif

Mengandungi molekul minyak kecil terkandng dalam air lembut untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan solekan. Tidak memerlukan pembilasan.

8. Pembersih wajah jenis Serbuk - Kulit berminyak dan sensitif

Lembut pada kulit apabila kering dan berubah menjadi krim apabila bersentuhan dengan air. Ia membersihkan sambil memperhalus kulit dengan lembut.

9. Pembersih wajah jenis Pengelupasan - Semua jenis kulit kulit sensitif dan sangat kering.

Membersih hingga ke dalam, mengelupas dan menghilangkan solekan secara teliti. Tidak disarankan untuk penggunaan harian.

10. Pembersih wajah jenis Sabun - Kulit berminyak dan kombinasi

Tahap pH yang mesra kulit selain bahan-bahan pelembap yang sangat tinggi seperti gliserin dan minyak pati.

10 jenis pencuci wajah ini boleh anda teliti yang manakan sesuai dengan kulit anda. Agak sukar untuk mencari pembersih wajah yang sesuai dengan anda? Jangan risau, kak wawa nak kongsikan pula pembersih wajah 3 dalam 1 iaitu, Youth Luminous Gel Oil Cleanser.

Youth Luminous Gel Oil Cleanser Gel dan Minyak Kombinasi Unik untuk Kulit Yang Sihat 

Youth Luminous Gel Oil Cleanser menggabungkan manfaat pembersih minyak dan gel:

  • Memberikan pengalaman pembersihan wajah yang menakjubkan.
  • Pembersihan yang mendalam.
  • Menyingkirkan penyumbatan liang pori
  • Menyerap kekotoran.
  • Tidak mengeringkan kulit.
  • Menanggalkan solekan secara lembut.
  • Memperhaluskan kulit dengan lembut.
  • Menyuci dan mempersiapkan kulit untuk rejimen penjagaan wajah yang seterusnya.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • pH seimbang.
  • 3 dalam 1 dan tanpa sabun.
  • Merupakan campuran vitamin berpaten dan polifenol serta alga yang menghaluskan kulit.
Amacam? Hebat tak Youth Luminous Gel Oil Cleanser dari skincare shaklee? Boleh baca tentang Youth skincare di bawah ini juga tau.

Continue Reading

Saturday, 26 January 2019

Dilema Antara Beli Rumah Atau Buat Rumah

Dilema Antara Beli Rumah Atau Buat Rumah.

Assalamualaikum wbt,

Semua orang berimpian untuk memiliki rumah sendiri, namun keadaan kewangan dan ekonomi sesebuah keluarga membataskan keperluan ini. Ada diantara anak muda yang mengambil inisiatif membeli rumah, walaupun sudah tahu bebanan hutang pinjaman rumah bakal ditanggung selama 30 hingga 35 tahun. 

Apakah anda bersedia untuk berhutang selama setengah abad hidup anda? Jika difikirkan dari sudut nak cepat, buat pinjaman bank adalah pilihan yang kita ada. Namun, jika masih ada pilihan lain seperti tanah sendiri dan kewangan yang banyak, buat sendiri adalah pilihan yang selamat. Cuma, mungkin ia mengambil masa sedikit lama untuk siap. 

Keadaan ini menjadi dilema buat kamu suami isteri, bila mana pada awalnya kami ingin membeli rumah subsale atau dari tangan orang. Kami dah proceed untuk apply loan dan alhamdulillah loan kami sudah pun lulus.

Bila difikirkan balik, ruginya beli rumah sebab langsung tak puas hati. Rumah tu baru 5 tahun diduduki, keadaan rumah pun masih baru. Keluasan tanah lebih kurang 436 meter persegi. Harga yang ditawarkan adlaah rm310k, bayaran bulanan pula lebih kurang rm1440. Ini belum keadaan ekonomi negara yang kurang stabil, jika tidak kos bayaran bulanan akan meningkat lebih tinggi.

Bila difikirkan balik, kami menolak untuk beli rumah tersebut dan putuskan untuk bina rumah diatas tanah sendiri. Memandangkan kami miliki dua lot tanah yang dibeli sejak 2014 lagi, jadi kami tidak mahu bebankan diri dengan bayaran hutang selama 30 tahun. Memandangkan kami ni bukanlah kerja tetap dengan kerajaan, tetapi kak wawa dan suami kerja projek dalam industri oil & gas. Jadi, kerja kami mengikut keadaan ekonomi dan projek yang ada. Jika ada, bolehlah bayar, jika tak ada berehatlah kami dirumah. hehe

Masih juga fikirkan kontraktor mana yang paling terbaik. Kami ada 2 calon kontraktor iaitu AHM Construction dan AMS Maju Bina Enterprise. Kedua-duanya menawarkan kos pembinaan yang berpatutan bagi kami. 

Kak wawa nak kongsikan dengan anda, jika berminat untuk dapatkan khidmat mereka, bolehlah cuba. Contoh rumah yang dibina oleh mereka, sebenarnya banyak lagi. Korang boleh cek page dieorang jugak.


kontraktor bina rumah terengganu, bina rumah sendiri di terengganu, mencari kontraktor terbaik, kontraktor bina rumah sendiri terbaik terengganu, kontraktor bina rumah sendiri murah terengganu



Rumah ini dianggarkan kos sebanyak rm140k sahaja. 

kontraktor bina rumah terengganu, bina rumah sendiri di terengganu, mencari kontraktor terbaik, kontraktor bina rumah sendiri terbaik terengganu, kontraktor bina rumah sendiri murah terengganu

kontraktor bina rumah terengganu, bina rumah sendiri di terengganu, mencari kontraktor terbaik, kontraktor bina rumah sendiri terbaik terengganu, kontraktor bina rumah sendiri murah terengganu

*klik tajuk bold untuk terus ke page dieorang*

Cantik juga kan dieorang punya design, kak wawa baru plan nak gi tengok rumah contoh cuti raya cina nanti. Harap-harap kami dapat siapkan rumah tahun ini juga. Tak sabar nak duduk rumah sendiri tanpa bebanan hutang. Doakan kak wawa sekeluarga naa..
Continue Reading

Friday, 25 January 2019

Tema Blog Cantik Percuma Pelbagai Design untuk Blogspot & Wordpress

Tema Blog Cantik Percuma Pelbagai Design untuk Blogspot

Assalamualaikum wbt,

Blog yang cantik menjadi impian setiap blogger, samada blogger baru mahupun blogger lama. Tema blog yang cantik agak subjektif, ada yang suka tema bunga, tema tumbuhan, tema profesional, tema klasik, tema terkini dan lain-lain.

Bagi pengguna blogspot yang baru berjinak dengan blog, pasti memilih tema yang disediakn dibahagian setting - theme. Namun, semua tema tersebut agak boring juga. Apa kata, anda ubah tema blog dengan mendownload tema percuma di link-link yang kak wawa sediakan dibawah.

Ada perbezaan untuk menggunakan tema blogspot sedia ada dengan tema yang diambil diwebsite-website percuma iaitu kita boleh mengedit sesuka hati, nak susun layout, nak tukar font etc. Bagi menggunakan tema yang didownload dari website lain, ia perlukan kemahiran membaca dan menukar kod.

Antara laman web yang menyediakan tema blog secara percuma:



Tema blog kak wawa diambil dari list no 1.

Theme blogspot, theme blogger, theme blogspot beauty, theme blogspot simple, theme blogspot ringan, 50 Most Beautiful Blogger Templates to Download , theme blog 2019, template blogspot 2019, Pink Blogger templates 2019 Elegant Blogger Templates 2018 Free Download free blogger templates  free customizable blogger templates  blogger theme html code  free cute blogger templates

Tema blog kak wawa ada photo slide dibahagian bawah page. Macam mana cara nak download dan paste dekat blog anda, nantikan video dari kak wawa di youtube naa..")

Semoga bermanfaat.
Continue Reading

13 Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan Badan

Manfaat Asid Lemak Omega 3 Untuk Kesihatan.

Assalamualaikum wbt,

Apakah maksud Asid Lemak Omega-3? 

Asid lemak Omega-3 ialah nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik. Namun begitu, asid lemak Omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, penyelesaiannya adalah anda perlu mengambil makanan yang berasaskan sumber omega 3 dalam diet harian atau pengambilan supplemen minyak ikan.

Tahukah anda, terdapat pelbagai manfaat asid lemak omega 3 untuk kesihatan tubuh kita.

 13 Manfaat Omega-3 untuk Kesihatan Badan

Maksud Omega 3, apa itu omega 3, manfaat omega 3, OMEGA GUARD SHAKLEE, omega guard, manfaat omega guard  shaklee, manfaat omega 3
kredit gambar pakcik google

Untuk pengetahuan anda juga, Omega guard shaklee memiliki asid lemak omega 3 yang lengkap di mana mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak yang sihat.

Baca tentang Omega Guard Shaklee di sini. ALL ABOUT OMEGA GUARD & OMEGA 3.


Continue Reading

Testimoni Basic H Shaklee - Bekas Plastik Dan Puting Jadi Bersih Bersinar

Testimoni Basic H Shaklee - Bekas Plastik Dan Puting Jadi Bersih Bersinar.

Assalamualaikum wbt,

Kotoran lama pada bekas plastik, tupperware agak sukar untuk dibersihkan menggunakan pencuci pinggan mangkuk biasa. Adakala ramai suri rumah yang mengambil risiko mencuci dengan klorok untuk menghilangkan kotoran degil yang terdapat pada bekas plastik. 

Pernah juga mak kak wawa cuci pinggan menggunakan klorok bagi hilangkan kotoran degil. Keadaan ini mengambil masa berhari-hari untuk pastikan pinggan tersebut bebas dari bahan kimia. Ia boleh membahayakan kesihatan keluarga kita sendiri. Betul ke betul?

Sejak mengenali pencuci serbaguna Basic H shaklee ini, kami tidak lagi menggunakan klorok untuk hilangkan kotoran yang ada pada bekas plastik.

Bagi sesetengah dari kita, memang alergik bila melihat bekas-bekas kelihatan berkarat. Betul kan? Sebolehnya kita akan gigih mencuci sampai hilang. Dengan pencuci biasa, agak sukar untuk hilang.

Basic H shaklee pencuci serbaguna mampu memudahkan kerja-kerja anda. Lihat testimoni di bawah ini.

Selain untuk bekas plastik, basic h shaklee juga boleh digunakan untuk mencuci kerak pada puting anak-anak. Ini kerana basic h shaklee tidak mempunyai bahan kimia dan toksik. Basic h diperbuat dari ekstrak kelapa dan jagung.


Testimoni Basic H Shaklee - Bekas Plastik Berkarat

Testimoni Basic H shaklee, Testimoni Basic H, Testimoni bekas berkarat bersih cuci dengan basic h shaklee

Testimoni Basic H Shaklee - Puting Susu Bayi Berkerak

Testimoni Basic H shaklee, Testimoni Basic H, Testimoni bekas berkarat bersih cuci dengan basic h shaklee


Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda boleh message kami ye.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bayu Damai & Ketengah Jaya
Continue Reading

Testimoni Basic H Shaklee - Sayur Layu Jadi Segar

Testimoni Basic H Shaklee Pencuci Pelbagai Guna.

Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar pencuci rumah boleh mencuci sayur-sayuran dan boleh bertukar dari layu menjadi segar bugar? Jom kak wawa kongsikan kepada anda, keajaiban pencuci serbaguna iaitu Basic H shaklee. Di mana ia tidak langsung berbahaya kepada seisi keluarga kerana ia bebas dari bahan kimia dan bertoksik.

Jika di rumah anda memiliki sayur yang telah kecut, jangan buang dahulu. Rendamkan sayur kecut tadi ke dalam air campuran basic h beberapa titik dan biarkan beberapa minit. Anda pasti terkejut kerana sayur anda pasti bertukar menjadi sayur segar umpama baru sahaja di petik dari pokok.

Magik bukan? 

Testimoni Basic H Shaklee - Sayur Sawi Jepun 
Testimoni Basic H shaklee, Testimoni Basic H, Bolehkah sayur segar dengan basic h,  Testimoni sayur segar rendam dalam basic h shaklee

Testimoni Basic H Shaklee - Sayur Salad

Testimoni Basic H shaklee, Testimoni Basic H, Bolehkah sayur segar dengan basic h,

Testimoni Basic H Shaklee - Sayur Sawi Kampung


Testimoni Basic H shaklee, Testimoni Basic H, Bolehkah sayur segar dengan basic h,  Testimoni sayur segar rendam dalam basic h shaklee

Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda boleh message kami ye.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bayu Damai & Ketengah Jaya
Continue Reading

9 Kegunaan Basic H Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Bestnya Guna Pencuci Serbaguna Basic H Ni!

Assalamualaikum wbt,

Pasti ramai yang tercari-cari pencuci serbaguna yang bebas bahan kimia dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sejak bersama shaklee, kak wawa tidak perlu risau lagi untuk mencari produk pembersih serbaguna. Pembersih apa itu?

Inilah dia pencuci serbaguna Basic H shaklee. Tahukah anda Basic H shaklee punyai pelbagai manfaat untuk kegunaan harian yang dapat membantu mengatasi masalah anda.


Keistimewaan Basic H Shaklee


  • 1 botol mengandungi 473ml basic H
  • Sangat pekat
  • Pembersih serba boleh
  • Menghilangkan gris dan kotoran paling degil
  • Tidak perlu bilas, tidak meninggalkan sisa sabun
  • Bebas toksik dan bahan pewangi

Basic H, Basic H Super Organic Concentrate, Get Clean Shaklee, Pencuci Rumah Yang Selamat, Pencuci Serbaguna, Basic H Shaklee,  1001 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE1 1001 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN BASIC H SHAKLEE Basic -H Shaklee basic h shaklee eczema  cara guna basic h shaklee  harga basic h shaklee 2018  mandian basic h shaklee  apa itu basic h shaklee  basic h shaklee untuk chicken pox  basic h shaklee hfmd  basic h shaklee ingredients

9 Kegunaan Basic H Shaklee Yang Perlu Anda Tahu.

1. Membersihkan fabrik bulu, nylon dan semua jenis kain.
2. Menghapuskan kotoran yang mustahil untuk hilang.
3. Memudahkan anda untuk menyeterika pakaian.

4. Menghilangkan getah chewing gam dengan mudah

5. Sebagai pencuci kereta

6. Membersihkan enjin automobil dengan selamat.


7. Membersihkan tumbuhan rumah dan boleh disiram untuk menyegarkan tumbuhan.

8. Membersih kesan pita pelekat yang larut air.

9. Membersih barangan kulit.

Ini adalah antara seribu satu kegunaan basic H shaklee. Pelbagai lagi kegunaan lain yang dapat memudahkan urusan harian anda. Nak lihat testimoni basic h shaklee? Kak wawa akan share di entry seterusnya supaya anda lebih teruja untuk menggunakan pencuci rumah serbaguna basic h shaklee ini.

Jika anda ingin mencuba dan patut juga ia ada dirumah anda sekurang-kurangnya dapat meringankan kerja anda terutama bila mengemop lantai. Hanya mencampurkan satu ke tiga titis basic h dapat membersihkan dan mengilatkan lantai keseluruhan rumah anda. Ia juga selamat untuk aanda yang punyai anak kecil.

Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda boleh message kami ye.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bayu Damai & Ketengah Jaya



Continue Reading

Thursday, 24 January 2019

Rasa Current Di Payudara Tanda Anak Nak Susu

Rasa Current Di PayudaraTanda Anak Nak Susu.

Assalamualaikum wbt,

Teringat waktu berpantang tempoh hari, kak wawa bagitahu pada mak. Mak, kenapa ye rasa macam panas dan macam rasa current kat breast. Disusuli dengan itu, air susu akan keluar dengan laju sekali. 

Mak kak wawa kata, haa itu tanda anak dah lapar dan nak minum susu. Tiba-tiba, Princess pun menangis. Ehh, betullah. haha

Rasa current di bahagian payudara merupakan tanda anak nak susu. Pernah tak uols rasa macam panas dan macam kena current di bahagian payudara? Anda boleh perhatikan sendiri jika anda masih punyai anak kecil. hihi

breastfeeding journey, motherhood journey

Bila berjauhan dengan Princess ni, bila rasa tu datang mommy terus teringat kat anak. Adoilah mommy. hihi
Continue Reading

Rutin Pagi Bersama Collagen Powder Penyeri Wajah

Rutin Pagi Bersama Collagen Powder Penyeri Wajah.

Assalamualaikum wbt,

Inginkah anda memiliki kulit wajah berseri sepanjang hari? Rahsianya, hanya dengan minum secawan collagen powder shaklee setiap hari. 

Selamat pagi semua yang bertandang ke blog kak wawa. Serikan wajah anda semua dengan senyuman seikhlas hati, itu kunci wajah cantik berseri sepanjang hayat. hihi

Kak wawa suka minum collagen powder shaklee sebab ia menyerap sepantas kilat ke dalam kulit kita. Nak tau tak kenapa? Sebab collagen powder shaklee memiliki jisim yang paling ringan untuk iaitu 1000 Dalton untuk memberikan penyerapan paling maksimum ke dalam sel badan kita.

Gambar air milo yang telah dicampur dengan 1 sachet collagen powder, tak sempat nak ambil gambar collagen dah larut semua dalam air. 

Nak tengok testimoni orang yang minum collagen powder tak? Boleh tengok kat link bawah ni ye.

Continue Reading

Tuesday, 22 January 2019

Pengalaman Bersalin Secara Normal - Part 1

Pengalaman Bersalin Normal. Sakit Tak Bersalin? Soalan wajib wanita yang belum bergelar ibu. Betul kan?

Assalamualaikum wbt,


Sebelum hamil, kak wawa berusaha untuk hamil dan alhamdulillah Allah berikan peluang untuk kak wawa rasai pengalaman hamil selama 39 minggu 3 hari. Selepas hamil, bermain difikiran kak wawa apakah rasa bersalin nanti. Sakit ke bersalin?

Bila dengar pengalaman kawan-kawan, rasa ngilu, takut, berdebar semua ada. Sebolehnya, tak nak laa bersalin. Nanti tuttt jadi besar, koyak, kena jahit, kena gunting. Oh My God! serius, takut sangat bila dengar. Ada kawan-kawan kak wawa kongsi pengalaman mereka yang merasai sakit berjam-jam. Merasai kontraksi yang lama, terpaksa induce dan sebagainya. Ada yang kata, rasa sakitnya berpuluh-puluh kali sakitnya rasa senggugut.

Sungguh, semua itu buat kak wawa rasa, Ya Allah, macam mana la aku nanti takutnya laa hai.

Bila tiba masa kak wawa sendiri rasai pengalaman bersalin secara normal ini. Ya Allah, sungguh pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah, kak wawa dapat lalui dengan mudah dan senang sekali. Apa yang boleh kak wawa simpulkan adalah, pengalaman bersalin setiap wanita adalah berbeza.

Beruntunglah bagi wanita yang kurang merasa sakit, mudah untuk bersalin dan dapat menikmati proses kelahiran dengan begitu mudah dan tenang. Alhamdulillah, pengalaman itu kak wawa sendiri rasai. Anda, yang sedang menantikan hari untuk bersalin jangan risau dan jangan khuatir kerana rasa sakit itu Allah berikan kepada setiap orang adalah berbeza-beza.

Pengalaman orang lain ini hanyalah sebagai persediaan mental kita untuk melalui proses kelahiran tersebut dengan mudah dan selamat. Jadi, jangan terlampau banyak berfikir apa orang cerita, yang penting setkan dalam minda kita sendiri bahawa proses kelahiran kita nanti mudah, senang, lancar dan tidak sakit. Orang kata sangat mustahil untuk tidak rasa sakit, namun percayalah Allah itu Maha Kuasa. Tiada yang tidak boleh Allah buat, melainkan semuanya kehendak Allah.

Teringat pula satu ketika dulu, dalam tahun 2015/2016, waktu itu kak wawa belum lagi hamil dan kak wawa ada sharing dengan kawan ofis. Kak wawa kata, lepas ni kalau bersalin dan tak mau bagi sakit kita kena setkan di minda kita bahawa bersalin tak sakit. Dia sungguh-sungguh tentang, sebab katanya sakit bersalin adalah sakit yang kedua selepas skait mati.

Ok, kak wawa tak bergaduh panjang cuma iakan sahaja. Namun, dalam hati tetap kak wawa optimis bahawa sakit bersalin boleh kita kurangkan dengan cara pengendalian minda yang betul. Jika kita setkan di minda kita bahwa berslain tidak sakit, insyaAllah kita dapat kurangkan rasa sakit tersebut.

Kak wawa sangat percaya dan yakin bahawa bersalin sebenarnya tak sakit. Sebab, mak kak wawa sendiri alami keadaan ini di mana sewaktu nak bersalin, mak boleh gelak-gelak dan bersembang dengan nurse dan bidan. Sampaikan bidan yang tanya, kamu ni nak bersalin ke tak nak. hihi

Jadi, maksudnya apa? Tak mustahil kita dapat bersalin dengan mudah dan senang kan jika kita sentiasa berdoa pada Allah supaya dipermudahkan bersalin. Apa yang kak wawa amal sejak tahu bersalin sehingga masa nak bersalin? Kak wawa akan share di entry seterusnya.


Continue Reading

Saturday, 19 January 2019

ESP Shaklee : Waktu Sesuai Untuk Minum ESP

ESP Shaklee : Waktu Sesuai Untuk Minum ESP.

Assalamualaikum wbt,

ESP shaklee adalah produk yang paling digemari oleh ramai pelanggan shaklee. ESP shaklee juga merupakan produk paling laris dan berada di top 10, dan merupakan produk kegemaran kak wawa sendiri. Begitu juga customer terutamanya menjadi pilihan oleh wanita hamil dan wanita yang inginkan kulit cantik. 

Apabila sudah membeli ESP shaklee, takkan biarkan ia diceruk dapur sahaja kan? Semestinya kita nak minum, tapi bilakah waktu sesuai untuk minum ESP shaklee?

Jom, kak wawa kongsikan beberapa waktu sesuai untuk anda minum ESP shaklee. Tahukah anda badan kita, perut kita, nafsu kita sentiasa lapar. Setiap waktu, pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Untuk elakkan dari kita makan makanan yang kurang berkhasiat, anda bolah cuba atasi dengan manambil esp shaklee. 

4 Waktu Sesuai Untuk Minum ESP Shaklee

1. Minum ESP Shaklee Waktu Pagi
 Minum ESP shaklee pada waktu pagi dapat meningkatkan tenaga seharian anda.

2. Minum ESP Shaklee Waktu Tengah Hari
Minum ESP shaklee waktu tengah hari dapat membantu anda mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk berikan badan yang lebih kurus dan sihat.

3. Minum ESP Shaklee Waktu Petang
Minum ESP shaklee pada waktu petang sesuai untuk mengelakkan anda dari mengambil makanan-makanan yang kurang sihat seperti snek, makanan berminyak dan manis. Ini dapat membantu anda dari menambahkan berat badan kerana pengambilan esp shaklee dapat memberikan anda rasa kenyang.

4. Minum ESP Shaklee Waktu Malam

Sama juga seperti waktu petang, minum esp pada waktu malam dapat mengurangkan dan mengelakkan anda dari mengambil makanan kurang sihat seperti snek dan makanan manis.

5. Minum ESP Shaklee Waktu Pra & Pasca Senaman
ESP shaklee sesuai diminum pada watu sebelum dan selepas menjalankan senaman. Ini dapat membekalkan tenaga sebelum bersenam dan memberikan badan anda lebih kuat dan padat jika diminum selepas bersenam.

5 waktu ini sesuai untuk anda ambil esp shaklee sebagai minuman harian anda. Namun, anda juga perlu memastikan bahawa pengambilan esp (protein) ini bersesuaian dengan keperluan seharian mengikut umur anda.

1 hidangan ESP bersamaan 14gram protein.

Lihat jadual keperluan protein mengikut umur di bawah.

Jumlah Keperluan Protein Mengikut Umur
  • Bayi ( Umur 6 Bulan ) - 9.1 gram/hari
  • Bayi ( Umur 7 - 12 Bulan ) - 11 gram/hari
  • Remaja Lelaki ( Umur 14 - 18 Tahun ) - 52 gram/hari
  • Remaja Perempuan ( Umuer 14 - 18 Tahun ) - 46 gram/hari
  • Lelaki Dewasa - Sekitar 56 gram/hari
  • Wanita Dewasa – 46 gram/hari
  • Perempuan Hamil Atau Menyusu – 71 gram/hari

Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda boleh message kami ye.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bayu Damai & Ketengah Jaya
Continue Reading

Friday, 18 January 2019

Blog www.vitaminwawa.com Berubah Wajah

Assalamualaikum wbt,

Blog www.vitaminwawa.com Berubah Wajah.

Setiap tahun pastinya kita mempunyai azam baru, betul bukan? Bukan hanya azam baru, malahan berwajah baru. Itulah yang dialami oleh blog kak wawa sendiri. Jika sebelum ini blog kak wawa lebih kepada pinkish, kini kak wawa mencuba cari kelainan dan aura baru.

Nak tengok perubahan dari tahun lepas? hehe

Theme Blog 2018

Theme Blog 2019

Apa pandangan korang, ok ke ok? hihi.
Continue Reading

Harga Terkini Produk Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Harga Terkini Produk Shaklee.







Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda boleh message kami ye.

019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bayu Damai & Ketengah Jaya
Continue Reading

Promosi ESP Shaklee Januari 2019

Promosi ESP Shaklee Januari 2019

Assalamualaikum wbt,

Belum terlambat mommy nak share promosi ESP shaklee untuk bulan January 2019. Ramai yang tertunggu-tunggu promosi produk hot ini.




✨PROMOSI  SHAKLEE JAN 2019✨

♥ Energerzing Soy Protein (ESP)

🎖 Buy 6 Get 1 (FREE)
RM967.50 (Save RM129)

OR

🎖 Buy Twin Pack (2 ESP)
RM 306.38 (Save RM12.90)

Info lanjut mengenai produk ESP

1. 7 Fakta Mengenai ESP
http://www.sihatcomelceria.com/2017/07/7-fakta-menarik-mengenai-esp.html

2. Testimoni ESP untuk Gastrik
http://www.sihatcomelceria.com/2016/09/testimoni-shaklee-esp-gastrik-wawa.html

3. Koleksi Testimoni ESP
http://www.sihatcomelceria.com/2012/10/kompilasi-testimonial-esp-1.html

4. Testimoni ESP untuk Menyusu
http://www.sihatcomelceria.com/2018/04/testimoni-esp-untuk-menyusu.html

-------------

♥ Promosi JOM SHAKLEE masih berjalan sehingga 28 Feb 2019.

😍 3 Starter Pack untuk Ahli Baru dengan diskaun hebat.

1. Wellness Starter Pack
2. Youth Starter Pack
3. Vivix Twin Starter Pack

😍 Apa yang kelebihan Promosi ini?

Ahli baru akan dapat penjimatan berganda
1. Diskaun 10% hanya untuk produk Starter Pack sahaja
2. Boleh dapat cash rebate sehingga 11%
3. Percuma membership bernilai RM65
4. Percuma penghantaran bernilai RM10.
5. Dapat Full UV (point)
6. Boleh redeem dalam masa 60 hari

Untuk info lanjut mengenai Promosi JOM SHAKLEE, anda boleh klik link dibawah
Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee, anda boleh message kami ye.


019-9966576 (Mommy Wawa) 
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bayu Damai & Ketengah Jaya

Continue Reading

Thursday, 17 January 2019

My Blog Under Construction

Assalamualaikum wbt,

My Blog Under Construction!

Alhamdulillah, tahun baru mood pun baru. Kak wawa dan kadangkala akan bahasakan diri mommy nak berubah wajah 2019. Mungkin anda semua akan rasa semak sedikit buat beberapa hari ini. Mommy pohon anda semua bersabar sementara blog mommy back to normal. 


Mommy harap anda semua bersabar naa.. hihi

Continue Reading