Mengidam Nak Makan Nasi Dagang Atas Tol

Mengidam Nak Makan Nasi Dagang Atas Tol.

Assalamualaikum wbt,

Dulu, kak wawa tak tahu apa itu mengidam. Sejak awal hamil, belum pernah kak wawa minta nak makan pelik-pelik dan bersungguh-sungguh. Sekadar nak makan untuk hilangkan teringin tu, ada laa.
Tapi, berbeza pula dengan Nasi Dagang Atas Tol. Kak wawa asyik ucap banyak kali nak pergi makan. Tambahan pula, terdapat tea tarik yang sangat-sangat kaww.

Serius, ia buat kak wawa sangat-sangat nak makan di sana. Sejak beberapa minggu sebelum kak wawa balik Terengganu, dah beribu kali bagitau kat suami nak makan sana.

Ikutkan jarak, lebih kurang 2 jam perjalanan dari rumah mak ke kedai Nasi Dagang Atas Tol. Hati ni, nak sangat-sangat pergi.

Alhamdulillah, hari kedua di kampung kak wawa sempat sampai dan dapat nikmati keenakan nasi dagang dan kesedapan tea tarik & tea peng kaww di sana.

Senyuman puas dapat nikmati juadah di sana. Uols nak tengok tea peng dan nasi dagang yang femes emes ni? 

Haa, nikmatilah gambar di bawah naa. 

Tea Peng - the best
Nasi Dagang - terbaik
Dua-dua kak wawa puas hati makan dan minum. 







Memang puas hati dapat makan bersama suami, mak & ayah.😊

1 comment:

Cik Ash said...

sedapnya nasi dagang...