1 - 7 Ogos 2018 World Breastfeeding Week. Kebaikan Memberi Susu Ibu Pada Anak.

Assalamualaikum wbt,



Kepada semua mami-mami seluruh dunia, selamat menyambut Minggu Menyusu Sedunia. Objektif utama minggu menyusu sedunia ini adalah bertujuan memberi ilmu dan kesedaran kepada seluruh mami dan daddy di dunia ini tentang kebaikan antara ibu dan anak.

Dalam sudut pandangan islam sendiri, dalam surah Al-Baqarah ada menyebut,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.." - Surah Al-Baqarah : Ayat 233

Ini bermakna betapa pentingnya ibu-ibu dan ayah memahami kepentingan menyusu sejak lahir dan sehingga berumur dua tahun genap.

Kebaikan Memberi Susu Ibu Kepada Anak
  1. Sempurna - Mengandungi semua zat makanan yang berkualiti istimewa dalam nisbah yang tepat bagi perkembangan dan kesihatan anak.
  2. Selamat - Sebagai imunisasi pertama anak kerana ia kaya dengan antibodi, Vitamin A & E yang dapat mencegah dari infeksi serta alahan terutama asma.
  3. Pelawas - Air susu kolostrum bertindak sebagai pelawas yang menggalakkan pembuangan mekonium (iaitu najis pertama) lalu mengelakkan masalah kekuningan yang biasanya terjadi di awal minggu pertama selepas kelahiran.
  4. Unik - Ia mengandungi 'biofactors' yang khusus untuk perkembangan otak dan mata anak. Penyusuan susu ibu juga membantu meransang daya intelek yang lebih baik.
  5. Melindungi - Mengandungi kdar lemak yang bersesuaian yang membantu melindungi anak dari mengalami kegemukkan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes dan jantung koronari apabila dewasa.
Kebaikan Pemberian Susu Ibu Kepada Ibu
  1. Mengeratkan kasih sayang ibu terhadap anak.
  2. Mengurangkan risiko mendapat barah payudara dan ovari.
  3. Membantu proses pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin melalui pengeluaran hormon oksitosin.
  4. Membantu ibu merancang keluarga dengan kaedah semulajadi kerana penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid.
  5. Membantu ibu untuk menurunkan berat badan kepada berat sebelum mengandung disamping mengamalkan senaman dan pemakanan yang sihat.
Faedah Pemberian Susu Ibu Kepada Keluarga Dan Masyarakat
  1. Menjimatkan perbelanjaan keluarga.
  2. Lebih masa terluang bersama keluarga tanpa membazirkan masa menyediakan gantian susu ibu.
  3. Mengurangkan kos rawatan perubatan kerana anak tidak mudah sakit dan dimasukkan ke hospital.
  4. Mengelakkan pencemaran alam sekitar kerana tidak ada proses pengilangan, pembungkusan dan pembuangan.

Sumber : BookletPSI

Haa, banyakkan manfaat memberi susu ibu. Doakan kak wawa juga mampu memberikan susu ibu pada si manja yang bakal keluar nanti. 

Bagi menyokong para ibu untuk memberikan susu ibu yang sempurna kepada anak-anak, ibu-ibu perlu bersedia dari segi mental, fizikal, pengambilan makanan seimbang serta pengambilan supplemen tambahan supaya pengeluaran susu dapat memberikan kegembiraan kepada ibu dan anak.

Shaklee sememangnya mementingkan ikatan kekeluargaan di mana ibu dan anak dapat manfaat bersama dan menyokong 100 peratus pemberian susu ibu. Justeru, pihak shaklee telah mengadakan promosi besar-besaran dengan supplemen yang berkaitan dengan susu ibu iaitu,

1. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex merupakan milk booster kepada ibu-ibu yang inginkan menyempurnakan penyusuan selama 2 tahun. 

Alfalfa Complex mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E kalsium, zinc and iron. Kesemua nutrien-nutrien ini adalah penting untuk tumbesaran bayi yang sihat.


Promosi sempena menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu seluruh dunia, belian 3 botol Alfalfa Complex mami-mami sekalian akan dapat 5% DISKAUN!

Wahhh, bestnyaa..")


Ibu-ibu yang sedang menanti waktu untuk melahirkan baby, sedang mencari set bersalin dan berpantang yang sesuai? Bolehlah cuba set bersalin dan berpantang shaklee ini. 

Hubungi kami: 

019-9966576 (Kak Wawa)

BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia