Assalamualaikum wbt,

Pernah tak alami masalah kehilangan main document dalam bentuk word? Contohnya resume kita, yang ada cuma dalam format pdf sahaja. Macam mana nak edit kalau pdf kan?Haa, jangan risau kak wawa ada cara macam mana nak tukar pdf file kepada word file.

Almaklumlah, husband kak wawa request untuk update dia punya resuma. Dah lama sangat tak berupdate, ye laa projek kat sini pun dah nak habis. Sampai masa untuk kita cari peluang pekerjaan ditempat lain pula. hehe

Ye, beginilah situasi yang kami lalui setiap dua ke tiga tahun. Perubahan projek dan perubahan company demi meneruskan kelangsungan hidup berkerja sebagai contract. Bila habis projek sini, kita akan mula mencari projek yang lain pula. Samada di negeri sendiri atau ke seluruh negara, mengikut projek gas dan minyak yang sedang dibangunkan.

Ehh, melalut ke lain pula. Caranya, anda klik website tukar format secara online di sini.  


Selain pdf to word, boleh juga kita nak tukar pdf to pjg (image) dan lain-lain. Cuma upload document yang kita nak tukar, then klik download selepas complete.