25 TIPS HATI TENANG REZEKI SENANG

Assalamualaikum wbt,


Hidup ini kita boleh pilih untuk gembira ataupun berduka. Kunci penting kepada kebahagiaan hidup adalah dengan sentiasa bersyukur kepada Allah swt.

Hari ni kak wawa nak share 25 tips hati tenang rezeki jadi senang. Nak tahu apa dia? Jom teruskan pembacaan.")


25 TIPS HATI TENANG REZEKI SENANG

1. Jangan suka membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

2. Jangan suka berfikiran negatif terhadap orang lain.

3. Jangan mengejek atau merendahkan orang lain.

4. Jangan melakukan sesuatu perkara dengan emosi.

5. Jangan suka bergosip tentang perkara yang tidak penting.

6. Jangan suka menghalalkan segala cara.

7. Jangan suka mengeluh dan merungut. 

8. Yang lalu, biarlah berlalu jangan suka mengungkit-ungkit.

9. Jangan mudah membenci orang lain. 

10. Hiduplah dengan hati yang suka bersangka baik. .

11. Sentiasa bersifat pemaaf. Mudah meminta maaf & ikhlas memaafkan orang. 

12. Sentiasa sedar kehidupan ialah satu proses pembelajaran.

13. Ikhlas dan rajin bersedekah.

14. Jangan suka berdengki & iri hati dengan kejayaan orang lain. 

15. Selalu berkomunikasi dengan orang yang tersayang.

16. Yakin setiap hari adalah hari yang baik.

17. Sentiasa menjaga adab tingkah laku & percakapan dalam berkata-kata mahupon penulisan. 

18. Luangkan waktu untuk orang tua dan sentiasa menghormati mereka.

19. Usahakan membuat orang lain tersenyum. 

20. Jangan mencampuri urusan orang lain.

21. Beri perhatian terhadap keluarga.

22. Hargailah orang yang mengasihimu dan menyayangimu.

23. Jika melihat orang susah, harus saling tolong menolong.

24. Kuatkan diri untuk selalu bersabar. 

25. Yang terakhir paling penting adalah selalu bersyukur atas apa yang diberi oleh ALLAH pada kita dan yakinlah bahwa ALLAH selalu memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya.

:

Semoga Allah membuka pintu hati kita semua untuk sentiasa selalu berusaha dekatkan diri kita kepada-Nya. Aamiin.

Kredit - Linda Sein

Semoga bermanfaat.

3 comments:

mamapp said...

Good tips Tq for sharing

Cik Tie said...

Gud sharing !!

Siqah Hussin said...

Terima kasih atas tips yang dikongsi :)

Jemput join segmen dan giveaway blog Siqah :)

LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA