Assalamualaikum wbt,

Setiap kali wawa baca tentang kesihatan nutrisi untuk tubuh badan kita, semua pointnya adalah lebih kurang. Kenapa nutrisi penting untuk tubuh badan? Nutrisi ni apa sebenarnya?


Nutrisi atau juga disebut sebagai zat gizi merupakan zat dalam makanan yang diperlukan organisme badan supaya dapat tumbuh dan berkembang dengan baik. Biasanya, nutrisi diperolehi dari hasil pemecahan makanan oleh system pencernaan.

piramid makanan seimbang, Makanan-yang-Mengandung-Lemak, nutrisi, kesihatan nutrisi, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee pengerang, pengedar vivix shaklee, pengedar vivix johor, nutrisi malaysia, nutrisi yang diperlukan t


Nutrisi terbahagi kepada dua kategori iaitu Makronutrisi dan Mikronutrisi.

Makronutrisi adalah nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dalam jumlah yang besar dan biasanya ia berfungsi sebagai sumber tenaga.
Kita boleh dapati Makronutrisi dari sumber,
  1. Karbohidrat seperti beras, gandum, kentang dan lain-lain.
  2. Protein seperti telur, daging, ikan, kekacang dan lain-lain.
  3. Lemak seperti susu, telur, kekacang, minyak kelapa dan lain-lain.
Makanan-yang-Mengandung-Lemak, nutrisi, kesihatan nutrisi, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee pengerang, pengedar vivix shaklee, pengedar vivix johor, nutrisi malaysia, nutrisi yang diperlukan tubuh

Mikronutrisi adalah nutrisi yang diperlukan tubuh dalam jumlah yang sedikit dan berfungsi membantu proses metabolisme badan.
Makanan dari sumber mikronutrisi boleh didapati dari sumber,
  1. Vitamin dan mineral boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Air boleh didapati melalui air putih.
  3. Supplemen tambahan dari sumber semulajadi.
Makanan-yang-Mengandung-Lemak, nutrisi, kesihatan nutrisi, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee pengerang, pengedar vivix shaklee, pengedar vivix johor

Walaupun hampir semua makanan yang kita makan setiap hari mengandungi makronutrisi, namun tidak semua makanan yang kita makan setiap hari itu mengandungi mikronutrisi. Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita memadai diambil untuk memberi tenaga dan menyalurkan nutrisi untuk proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan kita.

Namun demikian, hakikat hari ini makronutrisi untuk badan kita telah dirosakkan dengan pengambilan makanan yang mengakibatkan kesihatan badan kita menurun. Sedangkan mikronutrisi dan mikronutrisi yang kita ambil adalah untuk memperbaiki masalah kesihatan.

Kekurangan nutrisi dakan menjadikan organisme badan tidak tumbuh dan berkembang dengan baik sewajar dengan usia seseorang. Terganggunya metabolisme tubuh merupakan gejala awal kekurangan nutrisi.

Zat Gizi atau Nutrisi mempunyai peranan penting antara satu sama lain, ia menyokong dan bekerjasama supaya tubuh badan sentiasa kuat, segar dan sihat.  Fungsi nutrisi diperlukan oleh tubuh adalah,
  1. Sumber tenaga
  2. Menyokong dan mengatur proses metabolisme
  3. Menjaga keseimbangan metabolisme
  4. Membentu jaringan sel-sel tubuh
  5. Memperbaiki sel-sel rosak
  6. Mempertahankan fungsi organ tubuh
  7. Menguatkan sistem imuniti tubuh
Untuk dapatkan tubuh yang sihat, seseorang individu perlukan pemakanan yang sihat, baik serta bergizi (bernutrisi) lengkap. Ini kerana ia dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang terhadap penyakit, menjaga kesegaran tubuh, mengahasilkan emosi yang stabil dan tenang serta terhasilnya kehidupan yang berkualiti.