Di Mana Nak Beli Domain Murah

Assalamualaikum wbt,

Pengalaman yang lepas membuatkan wawa lebih berhati-hati untuk bertukar dari blogspot ke dot com. Blog baru wawa ini sudah berusia hampir 4 tahun, Alhamdulillah baru bulan lepas wawa bertukar ke dot com. ENTRY BERTUKAR DOT COM DISINI.

Blog wawa yang dulu bernama aisyahumaira.com, blog ini wawa buat tahun 2009 dan berkubur pada tahun 2011. Akibat kelupaan nak renew. hehe. Tapi takpe, ada hikmah semuanya. Blog dulu wawa beli domain dengan netkl. 

Kali ini wawa berubah dengan godaddy.com. Kenapa wawa beli dengan godaddy.com sebab ia sentiasa ada promosi. Kalau uols nak tahu, harga domain wawa ni cuma RM3.99 sahaja.




Ini contoh wawa taip nama blog wawa, yang dot com is taken mean memang tak leh beli la. Kena cari nama lain. Make sure before beli doamin, uols sediakan 3 nama yang ringkas, pendek dan mudah diingat.

Murahkan harga doamin di godaddy.com. Selain daripada itu, cara nak tukar blogspot ke domain pun mudah dan cepat. Paling best entry yang kita buat sebelum-sebelum ni still ada. Walaupun kawan-kawan blog lain save nama blog kita as blogspot, mereka masih boleh redirect ke nama blog yang baru ini.

Nanti wawa ajarkan cara-cara nak beli domain dan tukar ke dot com kat blog naa.. Stay tuned!


SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...