Assalamualaikum wbt,

“Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baharu pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara dikesan, akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan kurang sihat,” 
 -Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

Statistik di negara kita menunjukkan lebih 400,000 orang telah mengidap penyakit buah pinggang tahap 1 hingga 5. Keadaan ini amat membimbangkan kerana peningkatan kes pesakit buah pinggang sentiasa bertambah setiap tahun.

Dr Hilmi berkata, kos rawatan bagi pesakit buah pinggang boleh mencecah sehingga RM40,000 seorang bagi tempoh setahun.
Justeru, kementeriannya sedang memberi fokus kepada langkah pencegahan bagi menangani masalah buah pinggang serta pelbagai penyakit berbahaya lain dengan menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai.
Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan seharian bagi mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya itu.
“Setiap orang harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelak obesiti dan kencing manis dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,” katanya.