Assalamualaikum wbt,

Pagi ni wawa terima sharing dari sahabat group bisnes wawa. Artikal yang bagus untuk kita hadam.

|| Jangan Ambil Makanan Tambahan/Supplemen ||



.
Pernah dengar tak ada orang guna ayat diatas kepada kita yang sememangnya mengamalkan supplemen dalam diet harian kita?
.
Hujah mereka adalah kita harus "makan dari kalangan empat kumpulan makanan asas serta menerima kepelbagaian makanan." Hujah ini indah pada teorinya, tetapi kebanyakan orang tidak tahu menamakan 4 kumpulan makanan atau bilangan sarapan yang diperlukan bagi setiap satu. Pada kebanyakan orang, mereka menganggap "kepelbagaian makanan" bermaksud McDonald's hari ini, Taco Bell keesokan hari, dan Domino's Pizza pada hari berikutnya.
.
Dari apa yang kita dapat amati, meskipun anda ada makan dari empat kumpulan makanan asas, disebabkan pemprosesan yang ekstensil, makanan itu mungkin tidak berzat seperti yang anda bayangkan. Saya juga pernah terdengar bahawa "makanan tambahan menggalakkan tabiat makan yang kurang baik."
.
Memang tiada bukti untuk menyokong hujah ini. Sebenarnya, banyak kajian mengenai profil pengikut makanan tambahan menunjukkan orang berkenaan mempunyai diet yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengikutinya.
.
Lagi satu hujah ialah mengenai "pendidikan pemakanan boleh membetulkan tabiat makan yang kurang baik." Para pencadang makanan sihat tiada budget atau keupayaan seperti yang dimiliki pengusaha makanan segera. Kita telah berusaha dalam pendidikan seumpama sedaya yang boleh sejak bertahun-tahun, namun kajian-kajian pengambilan makanan menunjukkan segala ini tidak menjadi. Tabiat makan sudah terpahat sedalam-dalamnya dan kini ia lebih merupakan suatu fungsi gaya hidup, dan pertimbangan pemakanan diketepikan begitu sahaja.
.
"Makanan tambahan terlalu mahal dan ia merupakan perbelanjaan yang membazir". Seluruh pasaran makanan tambahan vitamin mencapai USD 2 billion setahun. Mungkin ini dianggap angka yang tinggi, kecuali kita menyedari hakikat bahawa kita juga membelanjakan US$40 billion setahun bagi minuman beralkohol dan US$20 billion bagi tembakau. Dan kos jagaan kesihatan menjangkau USD 320 billion pada 1982 dan semakin meningkat pada kadar 12 - 15 peratus setahun. Dengan enam daripada sepuluh punca kematian utama kita berkaitan dengan pemakanan, saya yakin keperbaikan pemakanan dapat memainkan peranan penting dalam mengurangkan perbelanjaan perubatan kita.
Biarlah kita bersikap praktis. Bagi kos hampir menyamai satu minuman kola dari mesin peruncit sebanyak 60 hingga 75 sen sehari, anda boleh memulakan program makanan tambahan bagi pemakanan asas, dan ia tidak membebankan budget anda.
.
Penulisan ini diambil dari buku "Adakah saya perlukan makanan tambahanan"