Assalamualaikum wbt,

2 jenis kuih ini adalah yang sempat wawa buat iaitu biskut dahlia dan sarang semut. Gigih wawa print lebih 6 jenis resepi kat ofis sebab semangat nak buat kuih raya tahun ni. Hihi

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab dapat buat juga walaupun 2 jenis kuih ini. Padahal bahan-bahan masih penuh yang belum di usik. Takpe, kita pelan-pelan kayuh. Buat sikit-sikit barulah tak muntah mengadap kuih raya je. Hihi

Jom tengok hasil air tangan wawa dan adik-adik. Time bakar elok je dorang tinggal wawa sorang-sorang. Alih-alih ajak hubby sekali tolong bakar. ^_^



Biskut sarang semut kasih sayang wawa


Biskut dahlia wawa jelita 😄

Waktu awal-awal bakar, adik wawa confius lagi nak guna oven. Haha. Hasilnya sedikit hangit. Hihi

Resepi biskut dahlia di SINI.
Resepi bikut sarang semut di SINI.