Assalamualaikum wbt,

10 TIPS MEMULAKAN BISNES SEWAKTU BEKERJA

Anda ada idea bisnes dan ingin berhenti kerja? Nanti dulu. Bukan semua bisnes berikan pulangan serta-merta. Mulakan bisnes sewaktu anda masih bekerja.

1. Mulakan seperti bayi belajar merangkak. Mulakan sedikit demi sedikit. Bukan semua bisnes boleh dilancarkan serta-merta. Banyak aktiviti awal bisnes boleh dimulakan sewaktu anda masih ada kerja lain, tanpa mengganggu kerja itu. Contoh: pendaftaran syarikat, mencari barang untuk pengeluaran (raw material), validate idea bisnes atau membangunkan website.

2. Belajar berkorban masa. Bangun awal sebelum solat Subuh untuk membalas email atau WhatsApp berkaitan bisnes. Gunakan masa makan tengah hari untuk bertemu supplier.

3. Usah bakar jambatan dengan majikan sedia ada. Walaupun anda sudah memulakan bisnes, anda masih ada tanggungjawab kepada pekerjaan sekarang. Usah gunakan masa kerja untuk buat bisnes. Semak semula terma non-disclosure agreement (NDA) atau conflict of interest. Pastikan anda patuh kepada kesemua terma tersebut.

4. Validate. Validate. Validate. Uji. Uji. Uji. Pastikan anda validate dan uji idea, produk atau perkhidmatan. Tentukan ia diterima oleh pelanggan sebelum anda melancarkan besar-besaran dan berhenti kerja.

5. Tentukan sasaran yang realistik. Pada peringkat permulaan, buat sasaran harian, mingguan dan bulanan. 

Sasaran harian lebih bersifat things to do. Contoh: balas email. Sasaran mingguan ialah aktiviti yang tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Contoh: design website. Sasaran bulanan adalah milestone. Contoh: pelancaran website pada bulan pertama, mula jualan pada bulan ketiga, berhenti kerja dan berbisnes sepenuh masa pada bulan keenam, dan mengambil staf pertama pada bulan ketujuh.

6. Sewaktu bekerja, anda ada pendapatan. Gunakan pendapatan ini untuk melabur dalam bisnes. Dengan cara itu, anda tidak perlu membuat pinjaman modal.

7. Sekiranya sesuai, dapatkan rakan kongsi. Rakan kongsi yang baik boleh membawa bersama-samanya skil yang anda tidak ada. Dia juga boleh berikan anda semangat tatkala anda memerlukannya.

8. Usah habiskan masa bercerita hal-hal yang tidak produktif dan tidak ada kaitan dengan bisnes di media sosial dan WhatsApp. Kesemua ini adalah aktiviti membazir masa dan menghilangkan tumpuan kepada bisnes. Biarlah orang politik cakap politik. Kita cakap bisnes.

9. Sewaktu bekerja anda tidak ada banyak masa. Outsource sebanyak mungkin. Dengan cara ini, anda ada masa membangunkan bisnes dan tidak terikat dengan kerja-kerja yang menghabiskan masa dan memberikan pulangan yang sedikit.  

10. Pastikan bisnes anda mula memberikan pendapatan sebelum berhenti kerja. 

#usahawan #bisnes

-Nobisha