Friday, 6 February 2015

Penyakit Jantung Pembunuh No 1 Di Malaysia

Assalamualaikum wbt,

bismillahirrahmanirrahim..

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, wawa dikhabarkan dengan berita jiran tetangga dan rakan taulan ayah yang mengalami sakit jantung. Kegagalan jantung berfungsi boleh menyebabkan KEMATIAN. Ini agak menggerunkan bila ayah bagitahu, mereka-mereka hanya menunggu call dari Doktor untuk buat pembedahan. 

Kebanyakan kawan ayah wawa berumur lingkungan dalam 50 ~ 70 tahun. Salur darah mereka yang ada sakit jantung tersumbat. Kata doktor, perlu letak spring dan tebuk saluran darah lain. Wawa kurang pasti cara medical macam mana..

Jangan ingat orang tua sahaja yang mempunyai sakit jantung ye. Adik wawa  yang berumur 23 tahun pun doktor dah suspect jantung, beberapa kali masud wad dan kena buat check up pakar kat IJN. Dalam sejarah family, bapa saudara wawa pernah kena dan meninggal. Waktu tu umurnya dalam 20 lebih, Pak Su kerja kilang di KL, tetiba dapat berita dia takde.

Jadi, kita jangan ingat tak sakit apa-apa badan kita sihat. Lihat balik cara pemakanan kita seharian, gaya hidup harian kita macam mana. Korang tahu tak tanda-tanda awal sakit jantung?? Jemput baca perkongsian yang wawa jumpa dari group kesihatan FB.

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Jom kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.


1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak bermaya yang teruk.


Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas, segera buat pemeriksaan dengan doktor ya.

Langkah Mudah Mencegah Masalah Penyakit Jantung

Dengan suasana sekarang, kita perlu lakukan langkah-langkah berikut bagi mengelak dari diserang penyakit jantung apatah lagi jika anda bukanlah seorang yang rajin bersenam dan juga gemuk!

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.


Tahukah anda? Selain lakukan 5 langkah pencegahan diatas, kita perlu mengamalkan supplemen bagi mengawal kadar kolesterol dalam badan.

Punca utama penyakit kronik datangnya dari KOLESTEROL YANG TINGGI. Kolesterol tinggi boleh menyebabkan mendakan lemak di saluran darah dan menyukarkan pengaliran darah secara efisyen. Selain penyakit jantung, kolesterol tinggi juga boleh menyebabkan Darah Tinggi, Stroke atau angin ahmar, diabetes, obesiti dan sebagainya.

Apakah supplemen yang sesuai untuk Penyakit Jantung? Perlukah anda makan supplemen? 

Jawapan Wawa , YES! YA! PERLU!

Cara dan gaya hidup hari ini sangat mendatangkan gejala penyakit yang kita tidak sedari. Air, makanan, buah, ayam, fastfood, frozen food, persekitaran semuanya mengundang penyakit. Ditambah pula bila kita langsung tak menjaga dalam pengambilan makanan.

Shaklee menawarkan 4 langkah untuk Jantung Sihat. Iaitu :

  1. Pencegahan
  2. Penurunan
  3. Menguatkan
  4. Perlindungan



Phytocol-ST Membantu Mencegah Mendapan Plak Pada Arteri

Kaedah terbaik untuk mengelakkan kolestrol termendap ke dalam salur darah adalah dengan pengambilan fitosterol. Secara ringkasnya, fitosterol mempunyai struktur kimia yang sama dengan kolestrol ‘jahat’ dan mampu melawan kolestrol jahat untuk membentuk plak. Semakin tinggi kandungan fitosterol, semakin cepat kadar kolestrol dapat distabilkan.

Fitosterol yang diperlukan tubuh memerlukan anda untuk makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato dalam sehari!

Woww, bolehkah kita??^_^

Jadi, Phytocol-ST ini anda perlu ambil untuk mengelakkan kolestrol dari makanan yang anda makan daripada diserap masuk ke dalam tubuh dan dalam masa yang sama kolestrol sedia ada di dalam tubuh akan dinyahkeluar oleh kombinasi supplemen yang lain.


Omegaguard Berperanan Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’

Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan jantung. Ia membantu meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ dalam darah. Kemudian, menghantar kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan dari tubuh kita.

Paling terbaik, Omega 3 dalam minyak ikan ini juga berfungsi ‘membersihkan’ mendakan plak pada arteri sekaligus mencegah dari serangan stroke.


CoQ Health Shaklee Membantu Menguatkan Otot Jantung

CoQ Health Shaklee ini mengandungi ramuan CoQ10 iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memperkuatkan otot jantung.



Namun begitu, apabila usia kita telah mencecah 20 tahun, penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan merudum dan ia akan terus menurun seiring dengan usia.

Justeru, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk terus mengekalkan kekuatan otot jantung untuk bekerja dengan baik.


Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 hingga ke 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .


Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Vivix Shaklee Berfungsi Membantu Melindungi Jantung

VIVIX Shaklee adalah supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi.


====

For Info and Order:


emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

Taip <SAYA NAK JOIN AHLI> HANTAR ke 019 996 6576

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...