Dua Kalimah Ringan Di Mulut, Tapi Berat Timangannya

Assalamualaikum wbt,

Sebelum lelapkan mata, wawa nak berkongsi satu perkara dimana bila korang amalkan mudah-mudahan ada juga bahagian wawa diakhirat kelak.

Kisah ni wawa dengar kuliah video ustaz orang Terengganu (wawa lupa nama ustaz ni). Semasa beliau hadir kuliah di Yaman, ada seorang pakcik datang ceramah satu jam, dihujung ceramah tu seikh ni pesan, pada semua yang hadir dapat ilmu sampaikan, dapat ilmu sampaikan, dapat ilmu sampaikan. Sebab Nabi pesan. "Barlighuanniwalauaayah" Sampaikan dari aku walaupun satu ayat.

Bila mana Nabi share zikir ni, Dua kalimah ringan dilidah, Berat timangan pahala, sangat disukai Ar-Rahman. Zikirnya adalah, "Subhanllahiwabihamdihi, Subhanallahila'azim".

Dalam banyak-banyak seikh sampaikan, pakcik ni ingat zikir ni sahaja. Selepas habis ceramah tu, pakcik ni keluar pakai kasut, ada orang disebelahnya. Dua kalimah ringan dilidah, berat timangan pahala, sangat disukai Ar-Rahman, Subhanallahiwabihamdihi, subhanallahila'azim. Amal-amal..

Balik rumah, tak sempat buka kasut isterinya sambut, diulangnya pesanan nabi. Dua kalimah ringan dilidah, Berat timangan pahala, sangat disukai Ar-Rahman. Zikirnya adalah, "Subhanllahiwabihamdihi, Subhanallahila'azim".Amal-amal..

Satu hari pakcik ni pergi kerja, balik dari kerja accident, tak sedar diri. Waktu dihospital, doktor nampak mulut pakcik ni bergerak-bergerak macam nak kata sesuatu. Doktor dekatkan telinga dimulut pakcik tu, Dua kalimah ringan dilidah, Berat timangan pahala, sangat disukai Ar-Rahman. Zikirnya adalah, "Subhanllahiwabihamdihi, Subhanallahila'azim". amal-amal.. Selepas ucapkan pesanan tu, pakcik tu pun meninggal. Alhamdulillah, sampai ke akhir hayatnya beliau sampaikan pesan nabi. Jom amalkan. 


1 comment:

Aisya A. said...

thanks for sharing.. :)