Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  syukur Allah panjang usia wawa dan suami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...

Wawa nak kongsikan satu doa, supaya kita dapat amalkan setiap hari. Doa adalah permintaan kita pada Allah. Kita nak apa-apa hajat, minta dengan Allah. 

Macam mana nak minta pada Allah? Iaitu dengan BERDOA!


"Wahai Tuhan kami, berilah kamj beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa".


Keluarga bahagia bermula dari rumah. Ibu ayah, bentuklah keluarga mu sepertmana ajaran Rasulullah saw.

Selamat beramal..")