TESTIMONI KEPUTIHAN HILANG SELEPAS 1 MINGGU


KEPUTIHAN HILANG SELEPAS 1 MINGGU

=====



Ini aduan yang wawa dapat dari customer petang tadi. 

Sebelum ni, beliau mengadu kulit kusam, ada jerawat nampak tak bermaya laa. Tetiba dia tanya, akak vitamin untuk keputihan ada tak? 

Wawa suggest makan ALFALFA & VITA C, ia lebih kepada bantu masalah RESDUNG. Selepas 1 minggu beliau makan, ALHAMDULILLAH feedback yang sangat baik.

"Akak, Alhamdulillah keputihan saya dah tak ada. Subhanallah, sebelum ni agak kritikal juga keputihan beliau."

Alhamdulillah, gembira wawa dengar perubahan customer tadi. Kulit wajah pun nampak lebih berseri berbanding seminggu yang lalu. Walaupun jerawat masih belum berkurang, maklumlah baru 1 minggu makan kan..
kiki emoticon


.

Anda ada masalah yang sama? Tak tahu nak atasi masalah korang? Wassap wawa 014 514 0391, kita discuss secara personal ye..")

Your shaklee indipendent distributor,
Wawa - 014 514 0391
Share:

Comel Kan Saya!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat wawa semua? Maaf sudah beberapa hari kurang bersiaran, keadaan kurang mengizinkan. Wawa doakan sahabat yang rajin singgah di teratak ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..Ameen..")

Wawa nak share dengan korang, photo yang wawa jumpa dalam fb. Cantikkan budak ni? Anak siapa wawa tak pasti, yang pasti wawa suka tengok. Cutenya muka dia...^_^


Share:

Testimoni Vita C Shaklee Hilangkan Selsema

Assalamualaikum & morning! 

Bismillahirrahmanirrahim. 


Happy Chinese New Year.^_^


Biasa wawa share Vita C dengan kecantikan. Sinonim betul dengan CANTIK ni. Jarang cerita Vita C boleh bantu elak demam, kurangkan selsema, bersin.



Testimoni dari sideline wawa, cik su kasi 4 biji Vita C dekat Uncle dia sebab kecian tengok, asyik bersin je sampai merah hidung. Biasa laa kan, bila kena selsema kita akan rasa tak selesa. Rasa rimas je..
.
Selepas telan 4 biji Vita C, Alhamdulillah dengan izin Allah tak ada lagi bersin2 macam sebelum ni.. Terus order 1 botol.. hihi .

Teringat kisah wawa setahun yang lalu, wawa dalam kategori antibodi lemah. Selalu demam, pantang duduk dekat dengan orang selesema, batuk nanti petang selamat laa.. Balik rumah, badan pun seram sejuk laa jawabnya. Bila demam plak, seminggu tu barang wajib..hihi.. (setiap bulan ambil mc) .

Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah wawa dah jarang sangat demam. Kalau ada pun, badan je panas kejap2, esoknya dah ok..

Kini, saya jatuh CINTA dengan VITA C. Hari2 makan Vita C untuk tingkatkan imuniti badan. 

Anda selalu demam? Makan VITA C HARI-HARI. Wassap wawa untuk order VITA C ( 019 996 6576 )


Share:

Cara Tuan Guru Nik Aziz Mendidik Isteri

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Allah, terpujinya Datin Tuan Sabariah. Wawa nak jadi macam ni, disenangi hayi suami setiap masa. Menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata dan hati suami.^_^

Jom baca bingkisan dari Datin Tuan sabariah, semoga kita beroleh manfaat.

=====

'Walau baru sehari, saya amat rindukan dia...'
15 Februari 2015, Pulau Melaka.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.

Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.

Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.

Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.

Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).

Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.

Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara  yang bertuah kerana memiliki abang.

Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.

(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).

Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.

Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.

Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.

Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.

Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.

Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.

Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.

Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.

Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.

Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.

Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.

Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.

Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.

Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.

Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.

Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.

Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.

(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.

Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)

Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.

Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.

Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.

Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.
Share:

Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik dan optimum. Apa khabar sahabat wawa? Semoga kalian diberi kesihatan yang baik sentiasa. Amin...

Hari khamis punya cerita, balik dari ofis ayah call nak makan kek choc yang best. Wawa balik kerja dah 6 petang, sampai rumah dekat 6:30pm. Terus sediakan bahan-bahan dan kacau.

Wawa beli tepung yang dah siap packing, wawa bancuh je semua. Alhamdulillah,  siap sebiji kek jam 8 malam. Bancuhan semua siap jam 7:30pm, wawa solat dulu baru sambung kukus.

kita hanya perlu sediaka  telur 3 biji, minyak masak 1cawan, susu cair 1 cawan dan air panas 1 cawan.

Tak perlu ade mixer, kacau je dengan tangan dalam masa setengah ke 1 jam dah siap bancuhan. Kukus dalam masa 1 jam 15 minit. Wawa kukus dalam rice cooker je, yang ada penapis untuk mengukus kan.

Inilah hasil dari kerajinan dan kecepatan wawa membaking sebiji kek.


Amboi, segala macam masuk dalam pic kan.. hehe.. tak dan nak edit enset rosak..hihi

Best tau tepung kek ni, sangat-sangat best. Kalau korang berminat untuk dapatkan tepung kek coklat moist. Boleh wassap wawa 019 996 6576 untuk dapatkan tepung segera. 
Share:

PERGINYA PEMIMPIN UMMAH

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Innalillahiwainnailahiraajiun. 

"Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali"

Perutusan anakanda Tuan Guru,



إن لله ما أخذ وله ما أعطى وكل شيء عنده بأجل مسمى 
إنا لله وإنا اليه راجعون


Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

----

Saya akan memaklumkan masa solat jenazah ayahanda malam ini insya Allah.


Share:

KURANG KALSIUM PUNCA IBU HAMIL KEJANG KAKI

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Selamat tengah hari semua, makan apa lunch? Selamat menjamu selera semua..^_^

Wawa selalu dengar dan ada juga sahabat-sahabat ngadu sakit sangat bila kaki cramp. Ada yang menangis tak tahan rasa sakit tu. Wawa boleh bayangkan macam mana rasa sakit tu, sebab wawa pernah sekali kena. Walaupun cramp sebab bukan hamil tapi kesakitannya Allah saja yang tahu. Betul ke betul ibu2?

Tahukah anda, kekejangan kaki terjadi apabila disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kekurangan kalsium dan magnesium dalam darah. Kalsium yang ada pada ibu diserap oleh bayi dalam kandungan. Sebab itu, ibu hamil digalakkan untuk megambil kalsium lebih daripada biasa.

Bagaimana kalau kurang ambil kalsium waktu hamil? Ini contohnya, print screen whatsapp dengan seorang customer.

Sampai merangkak nak gi toilet. Sampai nangis-nangis sakit kawan tu.


Korang pernah tak macam ni? Nak cuba Vitamin OSTEMATRIX ni? Whatsapp wawa 019 996 6576. 
Share:

Wordless Wednesday Testimoni Kurus

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 




Share:

Ais Cream Pasu Famous

Assalamualaikum wbt, 

Hai korang, buat apa tu? Wawa masih lagi dekat ofis menanti jam 6 untuk pulang.. Hati-hati memandu pada anda yang tengah drive, menempuhi kesesakan lalu lintas. Semoga semuanya selamat sampai.^_^

Ais krim pasu, sangat famous emes dalam FB sekarang, masing-masing update tentang keunikan ais cream yang dihidang didalam pasu. 

Woww,macam menarik kan? Unik dan kreatif tapi MAHAL..hehe

Wasa sempat rasa ais cream dalam pasu ni, tengok sekali macam dia hidang pasir je.. Nak tengok bentuk dia?.Tadaaa..


Jangan tertipu dengan ketinggian pasu, ais krim hanya separuh dari pasu dan ditabur dengan orea. Rasanya Ais krim vanilla, best laa juga.

Wawa makan kat kedai femes ditepi pantai dungun. Tak ingat nama kedai.. hihi
Share:

CANCER SURVIVOR (LUNG TUMOR) PENGAMAL VIVIX

CANCER SURVIVOR (LUNG TUMOR) 

==== 

Mr Law Chu Hian bekas pembaca berita NTV7 .

Kredit Master Maria Hj.Abas

Dec 2003 - disahkan mempunyai kanser paru-paru. Beliau menjadi sangat kurus, rambut gugur. .

July 2004 - start consume produk shakle. - mengalami healing crisis yang teruk,  batuk teruk macam nak meletup paru-2nya! Tapi, beliau tetap consume shaklee dan yakin dengan keberkesanannya. .

Nov 2004 - Medical 'Report Card' sangat PERFECT! .

Bila ditanya apa yang beliau consume? -> EVERYTHING! 
Dari supplemen, skincare, haircare, household products! Beliau meng"SHAKLEE"kan dirinya dan keluarga beliau. .

Salah satu produk yang banya membantu & beliau amalkan sehingga hari ini adalah VIVIX! .

Vivix secara ringkasnya berfungsi memperbaiki DNA yang telah rosak. Ia mengandungi Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol bertindak sebagai: 
- Anti-oxidant
- Anti-inflammatory
- Anti-cancer

Ia juga berfungsi:
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Mengawal gula dalam darah
- Menyokong kesihatan sendi
- Mengawal berat badan
- Menguranhkan penyakit Alzheimer
- Untuk kesihatan keseluruhan .

Semalam wawa dapat pm dari sorang customer tentang kanser darah. 12kali buat kimo.. Allah, wawa doakan beliau diberi kesihatan yang baik. 
Untuk pengetahuan semua, setiap kali buat kimo sel2 kanser akan mati dan sel2 normal juga akan mati. Sebab itu, kebanyakkan pesakit yang buat kimo akan menyebabkan imuniti semakin menurun.

Untuk berikhtiar secara supplemen, VIVIX membantu membaiki sel2 yang rosak. Membantu meningkatkan imuniti untuk melawan kanser pada badan.
.

Anda mahu menCUBA? wassap wawa 019 996 6576 .

Sihat Mahkota Bagi Orang Sakit!
.

#sayangikesihatandiri

Share:

RAHSIA MUDAH MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  Alhamdulillah, Alhamdulillah... Syukur pada Allah, masih memberi kita peluang untuk hirup udara dan bernafas hari ini.

Tanda kesyukuran kita pada Allah, Allah lapangkan dan mudahkan rezeki pada kita. Subhanallah,  Maha Suci Allah..

Wawa nak kongsi dengan korang amalan yang boleh kita amalkan untuk senang dan mudah jemput rezeki. Dengan mengamalkan ini secara konsisten dan ikhlas untuk dapat kasih sayang Allah, insyaAllah mudah Allah nak bagi rezeki kat kita. 

Apa amalan itu ya? Jom baca sampai habis..hehe


Amalan Mudah Menjemput Rezeki:

  1. Istighfar paling kurang 100kali
  2. Selawat 1000kali 
  3. Solat taubat dan istiqamah
  4. Solat dhuha tanpa putus
  5. Jaga dan sayangi ibu bapa

Selamat beramal, semoga bermanfaat.
Share:

Lunch Dengan Ayam Penyek

Assalamualaikum wbt, 

Hai korang, selamat tengah hari semua.. Makan apa hari ni? Hihi.. Wawa lunch dengan Ayam Penyek..

Korang pernah makan tak ayam penyek? Wawa kali yang ke6 nak makan ayam penyek ni. 

Waktu first time dengar, ingatkan ayam dia yang penyek. Rupa-rupanya macam biasa je, cuma ada tempe.. Jom tengok macam mana bentuk ayam penyek ni ye..hihi


Selamat Menjamu Selera..")
Share:

SELAMAT PAGI MALAYSIA!

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah,  Alhamdulillah,  syukur ke hadrat ilahi masih memberi peluang pada kita untuk merasai nikmat bernafas. 

Masih berpeluang untuk tingkatkan amal ibadah, supaya dapat jadi bekalan akhirat nanti.. Alhamdulillah..

Salam ceria buat semua, maaf sangat sebab wawa kurang berblogwalking seminggu ni sebab kekangan yang tak dapat dielakkan. TapI korang boleh dapatkan info terkini di instagram wawa @rahsia_cantik_dan_langsing untuk ikuti perkembangan terkini serta info tentang produk.

Setakat ni hanya sempat bw beberapa blog sahaja. Ada kelapangan wawa reply balik ye..")

Tadi sempat gi teman kawan buat checkup di klinik dekat site ni sebab demam dan sakit tekak. sempatlah wawa menimbang, risau pun ada jugak sebab dua tiga empat hari ni, rasa seluar macam longgar je. Ingatkan berat wawa turun. 

Tapi, lepas timbang ini hasilnya! Alhamdulillah,  tapi perlukan 3kg lagi untuk dapat berat ideal. Will work for it.. hihi



Zaman study, korang nak tahu berat wawa berapa? Tak sampai 40kg pun! Paling tinggi 40kg, biasanya dalam 38-39kg..") Ringan kan? Hihi

.

Ini hasil pengambil set tambah berat shaklee, walaupun tak konsisten ia tetap bekerja memberi nutrisi untuk wawa..^_^
Share:

OMEGA GUARD DAN ALFALFA SHAKLEE BANTU AYAH SEMBUH DARI PENYAKIT GOUT YANG DIHIDAPINYA SELAMA 20 TAHUN

OMEGA GUARD DAN ALFALFA SHAKLEE BANTU AYAH SEMBUH DARI PENYAKIT GOUT YANG DIHIDAPINYA SELAMA 20 TAHUN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat wawa? Alhamdulillah, semoga kalian diberi kesihatan yang optimum..Ameen.. Wawa nak kongsikan kisah Gout yang dialami oleh ayah sahabat sideline wawa. Dibawah ini ditulis beliau dan copy paste 100%. Sekiranya ada diantara kalian atau family yang mengidap penyakit Gout ini, boleh hubungi wawa untuk berikhtiar secara supplemen..").. InsyaAllah, dengan izin Allah jua.


ehsan google

Pagi tadi ada wassap dengan customer tentang gout..Dia dapat info dari entry saya yang sebelum ni tentang vitamin untuk pesakit gout. Dia nak belikan untuk mak dia...Saya suggest kat dia beberapa pilihan ikut bajet dia...samada Vivix, Omega Guard & Alfalfa... Tengah-tengah wassap tu teringat pula kisah tentang pesakit gout yang telah berjaya mengawal penyakitnya..Saya ada bercerita dengan beliau pasal ni..So kali ni nak bercerita juga dengan anda semua, kut-kut ada yang sedang berikhtiar mencari penawar untuk penyakit gout... Omega Guard & Alfalfa bantu ayah sembuhkan penyakit gout yang dihidap selama 20 tahun! Ini kisahnya ***

KISAH BENAR

----------------------
Ngeri tengok gambar real.. so, wawa tepek gambar ehsan google..")

[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]

Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun.Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon.Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya. Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan.katanya kakinya amat sakit.nak bangun pun tak boleh.ibu mula resah.saya apatah lagi.macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

“Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?” “Adakah ayah lumpuh?”

Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu.Terbantut nak bersukaria.Hari yang gembira bertukar menjadi duka.Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta.Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran.Ayah diberi Pill Killer.

Sehingga kini umur saya 30 tahun. Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang.Dah jadi macam gula-gula.Goutnye kerap bertandang.Sekarang makin teruk.Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan.Bukan bengkak biasa.Siap bernanah besar-besar pula tu.Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir. Saya simpati ayah jalan henjut-henjut. Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir. Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan. Hanya doa yang mampu saya panjatkan.Doa yang tanpa usaha. Ustaz masa sekolah cakap…Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu. Sedih.

1 hari..tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee.Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan.Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali.wahh menarik!!teruja saya nak berikan kepada ayah saya.Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol.tiba waktu makan,saya SMS ayah. “Ayah dah makan OMEGA?” “Dah makan ALAFA?”

Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat.Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini. Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.

Hari yang cerah.Ayah baru pulang dari cek up di hospital.Wajahnya girang dan berseri. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.

“Kertas apa ni?” Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!! Ya Allah..bergenang air mata saya. “Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL.Doktor pun terkejut.Bagus ye Shaklee “ kata ayah

Dah setahun ayah bersama Shaklee…saya asyik intai je kakinya.tiada lagi bengkak…tiada jalan hinjut-hinjut…tiada nanah besar-besar.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah… Hati anak mana yang tak gembira pabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…

Terima kasih Allah…..

"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."~CEO Shaklee Corporation

***** Terharu dan gembira..masa mula-mula saya baca kisah ini, bergenang air mata..dapat dibayangkan perasaan seorang anak yang berjaya membantu ayahnya pulih dan dapat menjalankan kehidupan dengan sihat dan ceria.. Alhamdulillah~~~

Semoga entri testimonial ini dapat dijadikan panduan bagi membantu lebih ramai mereka yang sedang menderita penyakit gout untuk pulih..Ketahuilah, produk Shaklee adalah 100% selamat, berkesan

=====
For Info and Order:


emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

Taip <SAYA NAK JOIN AHLI> HANTAR ke 019 996 6576

Share:

Penyakit Jantung Pembunuh No 1 Di Malaysia

Assalamualaikum wbt,

bismillahirrahmanirrahim..

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, wawa dikhabarkan dengan berita jiran tetangga dan rakan taulan ayah yang mengalami sakit jantung. Kegagalan jantung berfungsi boleh menyebabkan KEMATIAN. Ini agak menggerunkan bila ayah bagitahu, mereka-mereka hanya menunggu call dari Doktor untuk buat pembedahan. 

Kebanyakan kawan ayah wawa berumur lingkungan dalam 50 ~ 70 tahun. Salur darah mereka yang ada sakit jantung tersumbat. Kata doktor, perlu letak spring dan tebuk saluran darah lain. Wawa kurang pasti cara medical macam mana..

Jangan ingat orang tua sahaja yang mempunyai sakit jantung ye. Adik wawa  yang berumur 23 tahun pun doktor dah suspect jantung, beberapa kali masud wad dan kena buat check up pakar kat IJN. Dalam sejarah family, bapa saudara wawa pernah kena dan meninggal. Waktu tu umurnya dalam 20 lebih, Pak Su kerja kilang di KL, tetiba dapat berita dia takde.

Jadi, kita jangan ingat tak sakit apa-apa badan kita sihat. Lihat balik cara pemakanan kita seharian, gaya hidup harian kita macam mana. Korang tahu tak tanda-tanda awal sakit jantung?? Jemput baca perkongsian yang wawa jumpa dari group kesihatan FB.

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Jom kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.


1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak bermaya yang teruk.


Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas, segera buat pemeriksaan dengan doktor ya.

Langkah Mudah Mencegah Masalah Penyakit Jantung

Dengan suasana sekarang, kita perlu lakukan langkah-langkah berikut bagi mengelak dari diserang penyakit jantung apatah lagi jika anda bukanlah seorang yang rajin bersenam dan juga gemuk!

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.


Tahukah anda? Selain lakukan 5 langkah pencegahan diatas, kita perlu mengamalkan supplemen bagi mengawal kadar kolesterol dalam badan.

Punca utama penyakit kronik datangnya dari KOLESTEROL YANG TINGGI. Kolesterol tinggi boleh menyebabkan mendakan lemak di saluran darah dan menyukarkan pengaliran darah secara efisyen. Selain penyakit jantung, kolesterol tinggi juga boleh menyebabkan Darah Tinggi, Stroke atau angin ahmar, diabetes, obesiti dan sebagainya.

Apakah supplemen yang sesuai untuk Penyakit Jantung? Perlukah anda makan supplemen? 

Jawapan Wawa , YES! YA! PERLU!

Cara dan gaya hidup hari ini sangat mendatangkan gejala penyakit yang kita tidak sedari. Air, makanan, buah, ayam, fastfood, frozen food, persekitaran semuanya mengundang penyakit. Ditambah pula bila kita langsung tak menjaga dalam pengambilan makanan.

Shaklee menawarkan 4 langkah untuk Jantung Sihat. Iaitu :

  1. Pencegahan
  2. Penurunan
  3. Menguatkan
  4. Perlindungan



Phytocol-ST Membantu Mencegah Mendapan Plak Pada Arteri

Kaedah terbaik untuk mengelakkan kolestrol termendap ke dalam salur darah adalah dengan pengambilan fitosterol. Secara ringkasnya, fitosterol mempunyai struktur kimia yang sama dengan kolestrol ‘jahat’ dan mampu melawan kolestrol jahat untuk membentuk plak. Semakin tinggi kandungan fitosterol, semakin cepat kadar kolestrol dapat distabilkan.

Fitosterol yang diperlukan tubuh memerlukan anda untuk makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato dalam sehari!

Woww, bolehkah kita??^_^

Jadi, Phytocol-ST ini anda perlu ambil untuk mengelakkan kolestrol dari makanan yang anda makan daripada diserap masuk ke dalam tubuh dan dalam masa yang sama kolestrol sedia ada di dalam tubuh akan dinyahkeluar oleh kombinasi supplemen yang lain.


Omegaguard Berperanan Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’

Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan jantung. Ia membantu meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ dalam darah. Kemudian, menghantar kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan dari tubuh kita.

Paling terbaik, Omega 3 dalam minyak ikan ini juga berfungsi ‘membersihkan’ mendakan plak pada arteri sekaligus mencegah dari serangan stroke.


CoQ Health Shaklee Membantu Menguatkan Otot Jantung

CoQ Health Shaklee ini mengandungi ramuan CoQ10 iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk memperkuatkan otot jantung.



Namun begitu, apabila usia kita telah mencecah 20 tahun, penghasilan CoQ10 oleh tubuh akan merudum dan ia akan terus menurun seiring dengan usia.

Justeru, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh untuk terus mengekalkan kekuatan otot jantung untuk bekerja dengan baik.


Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 hingga ke 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .


Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Vivix Shaklee Berfungsi Membantu Melindungi Jantung

VIVIX Shaklee adalah supplemen yang mengandungi kombinasi resevratrol dan phytonutrient. Sumber resevratrol dan phytonutrient ini adalah dari anggur muscadine, sejenis anggur yang jarang ditemui dan terbaik kerana ianya tumbuh secara semulajadi.


====

For Info and Order:


emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

Taip <SAYA NAK JOIN AHLI> HANTAR ke 019 996 6576
Share:

Bubur Lambuk Makanan Ketiga Malam Ini

Assalamualaikum wbt,

Allah, melampaukan wawa malam ni.. hihi

Balik kerja petang tadi, hubby bagitau kawan dia datang bagi bubur lambuk.. Wawa ignore dulu, ajak hubby pergi pasar malam. Beli laksa Pineng 1, sotong setengah kilo, buah jambu batu 4 biji, mempelam 1 biji (ngade nak makan) & buah nangka 4 ulas (asalnya nak mintak 1 ulas je nak rasa, terus hubby beli rm2..hihi)

Singgah bank kejap buat payment bayar beli kain untuk buat baju raya .. hehe.. Panjangnya mukaddimah cikde..")

Selesai semua,  kami pun beransur pulang. Sampai rumah, solat maghrib kejap. Lepas solat terus bukak bubur lambuk letak dalam mangkuk ni, wawa makan sorang hubby tak nak.. Makanlah wawa sorang-sorang, lepas tu hubby request suruh bukak Laksa Pineng. Hubby makan setengah, wawa habiskan setengah.

Lepas habis laksa pineng, hubby suruh masak nasi & sotong. Katanya nak makan nasi. Wawa masak nasi, hubby buah kuah air sotong.. Simple je, kiteorang makan lagi.. Alhamdulillah, kenyang,. 

Sambung solat isyak & sunat, pastu mengadap laptop dan reply pm customer. Asyik berwassap sampai berasap handphone, perut pun berasap skali..kiki

Sekali LAGI!! Wawa makan bubur lambuk yang balance semangkuk lagi. Wawa pun habiskan.. Allah, banyaknya wawa makan..Korang jangan tiru ye.. hehe



Belanja photo bubur lambuk orang paka..hehe

Thanks for reading, dear..")
Share:

Tip Murah rezeki

Assalamualaikum wbt, 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Selamat pagi semua! Banyak hari tak bersiaran, kekangan selalu ada kan, zass kat diri sendiri.. Jangan selalu beralasan.hihi

Apa khabar sahabat wawa? Alhamdulillah,  wawa doakan kalian yang rajin berkunjung ke sini diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang deras sederasnya..")

Actuallay, wawa nak share tips untuk murah rezeki. Ramai yang mencari tips ni, sebab kita tak tahu nak cari rezeki kat mana jadi kita guna kaedah "Menjemput Rezeki".

Macam mana tu? Nak tahu tak? 


Caranya mudah aje, setiap kali lepas solat kita doakan orang lain. Terutamanya,  kedua ibu bapa kita. 

Setiap kali lepas solat, doalah apa saja untuk kedua ibuayah. Kita doakan juga untuk adik beradik, sahabat2 serta guru2 kita, contoh mereka belum kahwin, kita doa supaya mereka cepat bertemu jodoh, dikurniakan anak dan sebagainya.

Mendoakan orang lain adalah salah satu cara untuk kita menjemput rezeki. InsyaAllah. 


Selamat beramal ye..")
Share:

DOA KELUARGA BAHAGIA

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  syukur Allah panjang usia wawa dan suami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...

Wawa nak kongsikan satu doa, supaya kita dapat amalkan setiap hari. Doa adalah permintaan kita pada Allah. Kita nak apa-apa hajat, minta dengan Allah. 

Macam mana nak minta pada Allah? Iaitu dengan BERDOA!


"Wahai Tuhan kami, berilah kamj beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa".


Keluarga bahagia bermula dari rumah. Ibu ayah, bentuklah keluarga mu sepertmana ajaran Rasulullah saw.

Selamat beramal..")


Share:

Happy 1st Anniversary My Dear Habib

Assalamualaikum & morning!


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdmdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah


Syukur Ya Allah, pantasnya masa berlalu meninggalkan kami. Rasanya seakan baru saja majlis akad nikah kami selesai. Sekarang telah menjangkau satu tahun sudah.

Happy Anniversary my dear Habib. Semoga masjid yang kita bina ini mendapat sakinah, mawardah, warahmah. 

Doakan kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah pada tahun ini. InsyaAllah. 

Thanks for being the best parner, Great hubby, Loving hubby & 'HALIM' Hubby.

You are the GREAT HUSBAND for me! Love you till Jannah Dear. 

Sentiasa doakan rumahtangga kita sentiasa dirahmati Allah swt.

My Zauj


Share:

TESTIMONI AWET MUDA DENGAN VIVIX

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Allah, dah masuk 1 Febuari 2015 bersamaan tarikh wawa akad nikah. Selamat menjadi satu tahun isteri kepada Zuuber B. Che Ibrahim jam 10 pagi nanti..") Semoga masjid yang dibina ini menjadi keluarga yang sakinah, mawardah, warahmah. Doakan kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah ye..")

===

Lihat photo dibawah, Siti Hajar pengamal minuman Vivix. Sangat berbeza sebelum dan selepas. Cuba bayangkan kalau Puan Siti Hajar tidak amalkan minuman Vivix, siapa sangka pasti nampak umurnya lebih tua dari usia.



Kesan Selepas mengamalkan minum VIVIX:


>> Bibir lebih cerah walaupun tak pakai lipstik

>> Kulit lebih cerah

>>Awet muda

>> Kulit wajah lebih sekata

>> Parut jerawat hilang

>> Jerawat sukar tumbuh


===

For info & order:

Whatsapp/ Telegram : 019 996 6576

Wawa

Share:

Follow by Email

About Me

My photo
Mommy to my pretty princess, Suka senyum, suka makan, suka membaca, suka memberi inspirasi, suka menulis

Popular

Followers

HOW TO ORDER

HOW TO ORDER
PLEASE WHATSAPP MOMMY DIRECTLY

Blog Archive

Recent Posts

Total Pageviews

BLOGGER TEAM


Check Page Rank CK Free Auto Backlink\ Kedai Backlink,Backlink Percuma
free web site traffic and promotion

BRAND COLLABORATIONS

Printcious | Syaqist | BPT | Shaklee | Mcdonalds | Desaru Coast Adventure Waterpark | Sensodyne