Atasi Jerawat Dengan Tomato

Assalamualaikum wbt,

Semalam wawa duk belek-belek newspaper yang suami beli, sambil-sambil makan buah delima. Kulit buah wawa letak atas paper tu, tetiba nampak laa artikal ni. Wahh, macam best je. Apa kata wawa share dengan korang, mesti suka kan?")


Tomato yang berwarna merah sarat dengan kandungan Vitamin C dan Vitamin A, malah semakin matang tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak.

Tomato juga mengandungi lycopene iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk menghancurkan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan zat berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Lycopene juga diketahui berperanan aktif mencegah kerosakan sel yang mengakibatkan kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim. Gel diluar bijitonato pula berkhasiat mencegah pembekuan darah yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Selain ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiatnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Berikut 10 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan hanya dengan menggunakan tomato.

  • Bagi yang bermasalah jerawat, boleh cuba petua ni. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama dibahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah kira-kira 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya herawat kecut dan kulit menjadi licin.
  • Tomato juga dapat membantu mengurangkan dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
  • Campurkan sedikit air perahan tomato didalam putih telur dan sapu lada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis, kemudian bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
  • Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
  • Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan terbabit pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata. 
  • Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak didalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
  • Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukam seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
  • Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur rambut dengan jus tomato dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
  • Lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
  • Bagi menghilangkan lingkaran hitam dibawah mata, lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
Selamat mencuba.

Sumber metro
======

Haa, banyakkan kegunaan tomato ni. Yang penting kaya dengan Vitamin A memang tidak asing lagi dengan kecantikan. Pengambilan Vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan 'Toksisiti'

Tapi, larat ke nak buat ramuan tomato ni? Kalau wawa satu dua hari semangat laa, bila masuk minggu kedua dan seterusnya memang tak laa.. 

Jadi, apa yang wawa gantikan untuk dapatkan Vitamin A? Aha..

Kalau nak tahu, supplemen shaklee sememangnya mementingkan kesihatan dan kecantikan. Supplemen yang wawa maksudkan adalah Carotomax. Carotomax membekalkan leboh 13mg (21, 500IU) karotenoid berfaedah.

Setiap satu capsul Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.

Ok, serba sedikit tentang Vitamin A Shaklee.hehe.

Sekiranya anda malas nak melenyek-lenyek bagai si tomato tu, boleh laa cuba Carotomax ya..")


For Info and Order:

emel : wanrokiahwanismail@gmail.com 
 sms/whatsapp : 019 996 6576 ID Shaklee: 1109915 
COD Vitamin Shaklee : Paka & Sekitar 

 “INGINKAN PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK SAYA BIMBING ANDA. KELAS BIMBINGAN 100% ONLINE TANPA PERLU ANDA KELUAR RUMAH. WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH LAGI DIPERLUKAN”

SHARE

Puan Wawa

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...