Assalamualaikum wbt,


Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen. Kata Dr Rozmey, “Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan yang baru,”




Ketika usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula manyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi

Khasiat kolegan tidak hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga memberi faedah untuk kesihatan diri secara menyeluruh. Antaranya kolagen boleh membantu menggalakkan perkembanngan otot, kuku, rambut, tendon serta ligament. Selain itu, ia membantu meningkatkan kesihatan sendi yang baik.

Ok, jom kita lihat 10 sebab anda perlukan kolagen.

10 SEBAB ANDA PERLUKAN KOLAGEN

========


1. Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurang dalam badan. Bagi meningkatkan kolagen dalam badan, anda perlu mengambil inisiatif dengan melalui pemakanan tambahan yang berunsur kolagen. 

2) Kulit hilang keanjalan. Kolagen adalah bersifat anjal. Selepas meningkat usia, kadar kolagen didalam badan semakin berkurangan dan menyebabkan keanjalan kulit semakin berkurang. Kesan yang paling ketara adalah keremajaan kulit semakin hilang, kulit menjadi kering dan Nampak tidak segar.

3) Kedutan pada wajah mula kelihatan. Di sekitar mata kelihatan gari-garis halus walaupun baru berusia 25-30 tahun. Usia baru 25 tahun tapi disangka 35 tahun. Apakah anda tidak gusar? 


4) Kulit menjadi kusam dan penyebab kepada timbulnya pigmentasi. Pigmentasi adalah jeragat dalam bahasa kampungnya, dan terjadi kepada sebahagian besar wanita Asia.   

5) Organ badan mulai kendur. Bahagian-bahagian tertentu tidak menegang seperti ketika remaja.


6) Mengalami sakit sendi.Sendi adalah unsur utama dalam struktur sendi dan tulang, apabila kolagen semakin berkurang, pergerakan antara tulang menjadi tidak smooth. Sebab itu berlakunya bunyi ‘krek krok krek’ apabila berlaku pergeseran. Ini menyebabkan kesakitan pada anda.

7) Rambut mulai menjadi kering dan bercabang. Bermacam produk digunakan untuk melembutkan rambut, hasilnya tetap sama. Tahukah anda, itu adalah disebabkan oleh pengurangan kolagen.

8) Bermata panda.Lingkaran gelap bawah mata mulai timbul, ia boleh menyebabkan penampilan anda terganggu. Nampak sangat tidak bermaya kan?


9) Gusi  mudah berdarah. Apabila anda menggosok gigi, ia menyebabkan luka pada gusi. Gusi senang berdarah petanda kekurangan kolagen dalam badan.

10) Kuku menjadi lembut dan mudah pecah atau tertarik. Tanpa menggunakan ‘pengetip kuku’, kuku boleh digigit dengan mudah.


Jemput sahabat meneliti kesepuluh sebab ini pada diri, ada ke ada? Jika ada, anda harus berwaspada. Kolagen dalam badan anda sememangnya sangat berkurang.