Friday, 12 September 2014

Silap Siapa?

Usah Letak Kesalahan Pada Orang Lain
====

Teringat kisah lama! Nak tambah berat badan punya pasal, habis vitamin gi telan.hehe

Fakta untuk anda, sepanjang 25 tahun lalu berat wawa paling tinggi yang pernah dicapai adalah 43kg. Itu pun sebab duduk je kat rumah makan tidur, tidur makan lepas SPM tiga bulan menunggu ambilan upu.

Orang kata, ucapan dan kata-kata tu doa. Betul lah, sepanjang wawa jumpe mak2 saudara, pak2 saudara, sepupu, atuk nenek, jiran tetangga semuanya cakap , "wawa ni, dari kecik sampai besor tak pernah nak ada isi. Kurus keringgg je, cekeding." Lama kelamaan, kurus lah hasilnya kan.

Tahun 2004, wawa cuba macam-macam supplemen, vitamin, minyak ikan. Boleh kata semua laa pasal nak tambah berat, yang tin habis bertin, yg pil habis beberapa botol. Hasilnya sama je.

Satu hari, time tu wawa duk asrama kat pinang. wawa pergi farmasi. Tanya orang yang jual tu, vitamin apa yang boleh nak tambah berat, nak gemukkan badan. Dia pun bagi laa satu botol vitamin ni, katanya makan pagi dan malam. Tak ingat vitamin nama apa.

Balik hostel, wawa pun makan laa. Semangat kan nak gemuk. Makan seminggu, wawa sakit perut, sakit yang amat sangat. Sampai menangis-nangis. Pastu pergi hospital, doktor cakap kena kencing kotor. Tak pernah2 sepanjang hidup, kena penyakit ni. Tak bagitau pun kat doktor pasal vitamin tu.

Balik hostel makan lagi, cuma selang hari la. Air masak minum banyak jugak tapi tak sure berapa liter. Lepas seminggu kena, wawa balik kampung. Masa duk kat kampung, tetiba sakit perut yang amat sanagt. Sampaikan nak bergerak pun sakit. Terpaksa emak yang tukarkan seluar baju untuk bawak gi klinik.

Lepas doktor cek, die bagitau ade kencing kotor. Wawa tanya dia camne blh kena sebab sepanjang umur tak pernah ada pun. Soal punya soal, ada kaitan dengan vitamin gemuk tu. Lepas tu, langsung buang. Tak ambil apa-apa supplemen dah. Pasrah terus , tak gemuk pun tak pe laa asalkan sihat.

========

Apa yang wawa nak tekankan kat sini adalah, siapa yang patut dipersalahkan?

Salah ubat atau salah wawa yang ambil tanpa ada orang yang guide?

Vitamin tu kita tak tahu kandungannya apa, kenapa wawa ambil jugak? Betul ke betul?

Kesilapan wawa yang harus anda elakkan;

1. Silap diri wawa sebab ambil tanpa study dulu bahan yang ada dalam vitamin tu. Sepatutnya, kita kena pastikan bahan yang digunakan baik untuk diri kita.

Camne nak pastikan? Dengan membacalah, cari fungsi setiap bahan yang ada dalam setiap vitamin tu. Baru kita jelas dengan apa yang kita nak makan.

2. Membeli dengan orang yang betul. Dalam kes ni tidak ada orang yang memberi panduan. Maksudnya, carilah nutrionist yang berilmu dan senang untuk kita rujuk.

Kalau kita beli kat kedai, agak2 dieorang ingat tak kita customer dia?

========

Jadi, anda haruslah jadi pembeli dan pengguna yang bijak. Pilih produk yang halal, selamat dan semulajadi.

Produk shaklee menjalankan ujian klinikal sebanyak 100000 kali sebelum sesuatu produk dikeluarkan.
Kedai Vitamin Wawa Paka,
0199966576

*photo nenek berumur 81 tahun pergi National Conference kat US haritu. Cergas dan sihat! Nenek kita umur 81 tahun, camane ye?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...