Sunday, 13 July 2014

Low Blood Pressure

TEKANAN DARAH RENDAH (HYPOTENSION)

Apakah Tekanan Darah Rendah?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. 

*Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah.

*Bacaan kedua mengukur tekanan diastolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat).

Untuk orang dewasa,
~Tekanan darah yang normal biasanya 120/80 mmHg. 
~Tekanan darah rendah berlaku bila kurang daripada 60/90 mmHg.
~Tekanan darah tinggi ialah apabila melebihi 140/90 mmHg.

Ataupun julat (range) untuk sistolik : 90-120 mmHg                  
                                        diastolik: 60-80 mmHg

*Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

Pemahaman asas pada tekanan darah rendah.

Tekanan darah rendah kronik dengan tidak menunjukkan sebarang gejala adalah hampir tidak serius. Tetapi masalah-masalah kesihatan boleh terjadi apabila tekanan darah menurun secara tiba-tiba, dan otak kekurangan bekalan darah yang mencukupi. Ini boleh membawa kepada pening atau kepala terasa berpinar-pinar. 

Kejatuhan mengejut tekanan darah yang paling biasa berlaku pada seseorang yang bangun dari kedudukan duduk untuk berdiri. Ini jenis tekanan darah rendah dikenali sebagai hypotension postur, hypotension orthostatic, atau neurally mediatedid orthostatic hypotension.

Hypotension postur (postural hypotension/orthostatic hypotension)

~dianggap kegagalan sistem saraf automatik - sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal tindakan involuntary yang penting, seperti denyutan jantung - untuk bertindak balas dengan sewajarnya kepada perubahan secara tiba-tiba. 

   Biasanya, apabila anda berdiri, darah akan berkumpul di saluran-saluran bahagian badan bawah (lower extremities) biasanya kakila. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan darah jatuh. Tetapi badan anda biasanya bertindakbalas dengan menghantar mesej kepada jantung, untuk berdenyut lebih cepat dan saluran darah anda untuk mencerut. Ini akan menghalang penurunan tekanan darah. Jika ianya tidak berlaku, atau ianya berlaku terlalu perlahan-lahan, maka hypotension postur akan terjadi.

    Jika anda mengalami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan ini tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.

Jadi,bila berdiri statik buat iangka masa lama ketika bekerja contohnya,perlulah gerak-gerakkan sedikit kaki,jari-jari kaki supaya darah dipamkan ke jantung.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

~usia
~aktiviti seharian
~perasaan
~ubatan
~pendarahan
~infeksi (jangkitan)

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka kurang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

~stroke
~penyakit jantung
~penyakit pada mata
~pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


Apa yang menyebabkan Tekanan Darah Rendah?

Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

~Kehamilan
~Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism),kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
~Ubat over-the-counter
~Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
~Kegagalan jantung
~Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
~Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
~Keletihan haba atau strok haba
~Penyakit hati

Apa yang menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba?

Kejatuhan mengejut tekanan darah boleh mengancam nyawa.

~Kehilangan darah dari pendarahan
~Suhu badan yang rendah
~Suhu badan yang tinggi
~Penyakit otot jantung yang menyebabkan kegagalan jantung
~Sepsis, jangkitan teruk darah
~Dehidrasi yang teruk daripada muntah, cirit-birit, demam atau
~Tindak balas kepada ubat atau alkohol
~Tindak balas alahan yang teruk, yang dipanggil anafilaksis (anaphylaxis)

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

cepat lelah
pening kepala ketika posisi badan berubah
sukar untuk berkonsentrasi
mata berpinar-pinar
mual
kulit berasa dingin, pucat dan lembap
pernafasan cepat dan pendek
defresi
cepat haus

Kesan Tekanan Darah Rendah

Jika tekanan darah rendah berlaku, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

~Tekanan darah rendah (hypotension) berbeza dengan kekurangan darah sel darah merah(anemia).
~Makan hati,limpa tu adalah sumber zat besi (iron) untuk anemia disebabkan kurangnya zat besi.
~Bila berdiri lama,terlalu penat,dehidrasi,kurang darah juga boleh menyebabkan pitam.
~Sebab yang sama boleh menyebabkan kedua-dua hypotension dan anemia,contohnya bila kehilangan darah yang banyak,tekanan darah kurang dan sel darah merah hilang


wallahualam.

Sumber

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...