Assalamualaikum sahabat,

Tahu tak, penyakit jantung merupakan salah satu pembunuh senyap? Statistik pesakit jantung di malaysia amat membimbangkan. Adakah anda masih lagi tidak peka dengan punca-punca penyakit ini? Apa kata, kita cek diri sendiri, adakah simpton-simpton awal ini wujud. Sekiranya ada, suka saya nasihatkan anda untuk segera berjumpa doktor.

Jantung merupakan organ penting yang harus kita jaga dengan baik.. Jantung akan mengalami gangguan dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat gangguan bekalan oksigen ke jantung... saya percaya ramai yang lupa akan kepentingan jantung.. antara habit buruk adalah tidak menjaga pola makan seharian yang seimbang, kurang aktiviti fizikal dan stress yang berpanjangan.. Kalau wanita yang merokok lagi lah tinggi potensi untuk mendapat serangan sakit jantung kerana merokok mengakibatkan ketidakstabilan hormon estrogen. Antara tanda2 atau gejala penyakit jantung yang perlu kaum wanita berhati2 adalah:

1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

sumber
======================


Lepas saya baca artikel tu, cuak plak.. biasalah kalau tak takut tak normal lah kan.. nak taknak kena buat sesuatu. Antaranya jaga pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal (bab ni yang malas nak gi jogging..suami dah berzaman ajak berjogging kat Bukit Bauk)... dan yang paling senang.. adalah telan sebutir Coq10health plus... hihihi.


Thanks for reading..=)