Assalamualaikum & selamat petang,

Apa khabar semua, harapnya berada dalam keafiatan Allah swt. 

================================
Kenapa badan kita memerlukan supplemen?Sedangkan, kita merasa sihat, tidak sakit waima segar bugar lagi. Di bawah ini, wawa senaraikan beberapa sebab kita perlukan supplemen walaupun kita merasakan sihat walafiat. Antaranya ialah :
  • Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang tinggi daripada sumber makanan seharian. Vitamin daripada makanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  • Gangguan penyerapan zat makanan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  • Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolesterol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  • Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stressmenyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalh kesihatan.
  • Kurangnya penyediaan makanan dirumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  • Persekitaran yang tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit.
Inilah antara faktor yang memerlukan anda mengambil supplemen bagi menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Thanks for reading,
Pn wawa
019-9966576